Tuesday, 29 December 2015

Tentang Escape Penang


Assalamualaikum~

Yes you can.
Minggu lepas, aku dengan geng pergi ke Escape Penang kat Teluk Bahang. Semua ini hasil usaha sama kami berlima yakni trip tanpa dirancang. More to roadtrip la ekceli. Pabila umur dah merangkak nak ke 25, barulah masing-masing menceceh nak plan roadtrip. Well, it was never too late. Gituhhhh.

19 Disember 2015
Maka, pada malam harinya yakni tanggal 19 Disember 2015, bergeraklah kami berlima ke Penang. Berbekalkan ke-zombie-an masing-masing, berhuhahuha la lima orang kanak-kanak ribena tersebut. Aku selaku co-pilot, telah mencuba sehabis baik untuk tak tewas dalam perjalanan ini. Mata oh mata, kekal terbukalah di kauuuuu. Getus hatiku. Lagi tiga orang kat seat belakang, bertindak selaku standby di kala krisis ke-mengantuk-kan berlaku.

20 Disember 2015
Dalam pukul  4 pagi kitorang sampai Penang. Tapi aku tertidur time melintas jambatan Pulau Pinang. Dah sampai pulau tiba-tiba aku tanya, "Eh mana jambatannya?". Sadis.

Sampai-sampai je, kitorang bantai tidur dalam kereta. Lepas azan subuh, kitorang singgah kat masjid berdekatan untuk mandi, solat, etc. Settle semua ni, bergeraklah kami untuk acara food hunting a.k.a breakfast. Kitorang aim kedai yang dekat-dekat je sebab kitorang dah dekat sangat dengan Escape Penang tu. Bak kata omputih, 'Time is money bebeh'. Untuk breakfast, kitorang makan roti canai. Konon tak nak makan berat-berat sebab nanti nak main extreme kat Escape disamping untuk elakkan simptom nak terberak, sakit perut, etc.

Nasi Serai.
Lepas sarapan roti canai, boleh pulak ternampak gerai pak cik ni. Peh..adalah satu kerugian buat kami sebab tak try nasi serai ni. Dah kenyang telan roti canai baru terngadah. Time kitorang sampai sini, dah masuk hari Ahad dan kebetulan ada pasar pagi kat situ. Sempatlah jugak cuci mata. Hehehehe.

Tadaaaaa~
Destinasi yang dituju sampai jua. Ku gigihkan juaaaa. Hahaha. Adalah satu kewajipan bila dah sampai kat tempat yang tak pernah sampai untuk kita selfie dan wefie. Habis je photoshoot, kitorang terus terjah game apa yang ada. Ternyata RM64.80 termasuk GST kami berbaloi untuk dilaburkan dalam game yang disediakan. Aku nak pesan, ada game yang korang tak dibenarkan langsung untuk bawa kamera, monopod, smartphone, etc. Melainkan korang ada kamera yang macam gopro or sjcam yang disertakan dengan sejenis headband yang korang boleh attach kamera tu. Means, tangan kena clear, tak boleh pegang apa-apa device sebab korang akan gunakan dua tangan tu untuk attach pulley dengan carabiner kat setiap checkpoint. 

Disebabkan itulah kitorang takda banyak gambar time main extreme kerna masing-masing tidak punya alat-bantuan-pegang-kamera. Maka, semua memori tersemat indah di dalam memori otak masing-masing. Game yang disediakan sangatlah ohsem! Sesiapa yang gayat adalah dinasihati untuk meneliti kesemua game ni. Eceh. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Ekceli aku tak ingat sebab seriyes banyak sangat game and flyers game tu ada kat kawan aku. Trust me, once you are here, please play every single game! Bestttt!

Macam biasalah, kitorang datang main dari jam 9 pagi sampai jam 6 petang. Betul-betul menggunakan masa. Lepas habis main semua ni, kitorang pun check in kat homestay yang kitorang dah book siap-siap. Homestay tu kat Georgetown. Tepat jam 8 malam, tumbanglah kami semua ke alam mimpi. 

21 Disember 2015
Check out hotel homestay jam 11.30 pagi. Pagi itu kitorang sarapan megi konon buat alas perut sebab masing-masing gigih nak lunch kat RNR Tapah. Wakakaka. Sebelum balik, kitorang singgah jalan-jalan kat Georgetown sambil cari jeruk legend yakni Jeruk Madu Pak Ali. Bukan madu Pak Ali yang buat jeruk ni tau. Heheheh. 
Kena purchase coupon ni untuk parking.
One of the streets in Georgetown.
Cendol.

Bye Penang~
Kembali pulang.
Nyummmy.

Akhirnya, kitorang sampai Selangor dalam pukul 10 malam. Trip kali ini sangat ohsem! Akan datang kitorang akan buat lagi trip macam ni. In shaa Allah. Hehehe.

p/s : 
Tips roadtrip best : Cari geng yang sekepala, yang sama-sama masuk air. Thus, the land is all yours.

**Orang yang seusia dengan kitorang sibuk plan nak kahwin tapi kitorang sibuk plan next trip. Wakakaka.






Thursday, 3 December 2015

Bila Nak Kahwin?

Assalamualaikum~

Kata-kata hikmah.

Ya. 

Aku akui, dewasa kini acap kali soalan " Bila kau nak kahwin" kian menikam segenap pelusuk urat telingaku. Eceh.

Embrace yourself, the "bila nak kahwin" questions are coming.

Sejak meniti usia 2 series dan sejak dah start kerja, soalan sebegini banyak menyapa telinga iolls. 

Dahulu kala masyarakat sekeliling akan tanya result UPSR/PSRA/PMR/PT3 /SPM/STPM/Matrkulasi/Diploma/Degree/Master/PhD. Okey ini soalan basic la kalau korang still student lagi. Bila dah say Goodbye to student life, sekali lagi masyarakat akan tanya soalan yang berbeda dengan soalan sebelum ini. Kali ini pasal kerja pula; "kerja kat mana?", "Kerja apa?" , "Gaji berapa RM?", etc. The next soalan, yakni soalan yang lebih digeruni oleh sesiapa pun. Eceh. Over sangat kauuuu. Soalannya berbunyi, " Bila kau nak kahwin?"

Jeng jeng jenggggg~

This is a never ending story....lepas satu, satu lagi ditanya ye? Kalah retis kauuuu. Begitulah kronologinya.

Sabda Rasulullah:

"Nikah itu adalah sunnahku, dan barangsiapa yang tidak melakukan sunnahku, bukanlah ia dari golonganku dan berkahwinlah kamu kerana aku akan merasa bangga dengan banyaknya kamu pada hari kiamat"

Sesungguhnya hidup berpasangan adalah fitrah manusia di muka bumi Allah ini. Tiada siapa kat dunia ini nak spend the whole life dengan menyendiri. Actually, for some reason, forever alone was never existed. Unless kau creepy. LOL. 

Hari itu, Hari Ulangtahun parent aku. Petang itu setelah habis dirempuhnya oleh aku traffic jammed yang macam hahahaharom, aku terus wish kata keramat "Selamat Hari Ulangtahun" kat parent aku. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengahari. Tidak aku duga soalan itu dilontarkan tepat ke pembuluh darah iolls. Dush!

Mak : Dulu mak umur macam kau dah kahwin. Kau kena kahwin ni.
Aku : Chill mak..kerja dulu.
Mak : Kau tak boleh macam ni. Kena kahwin. Kawan-kawan kau semua dah kahwin bla bla bla

chanteks.
And again, this is a never ending conversation.

Aku ada aje backup diri sendiri dengan mengutarakan hujah-hujah ekonomi diri sendiri tak stabil, To-Do-List bujang aku tak complete lagi, aku nak kerja dulu, aku takde calon masih tak bersedia lagi, aku tak pergi kursus kahwin lagi, etc. Habis semua hujah aku lontarkan tapi semua tu mak aku tepis dengan mudah beb. Ini kalau mak aku berganding dengan adik-adik aku, confirm aku kalah mati, bro.

Lantas aku pun tewas. Huhu. Kemenangan berpihak pada mak iolls.

Akhirnya aku seakan berputus asa setelah berdebat dengan mak. Lantas aku pun cakap, "INsyaAllah doakan saya". 

Terus mak aku senyum. Dalam hati, I waz like "Okey tu jawapan yang tepat, aku boleh recycle jawapan ini nanti..Bahahahahah". Aku pun balas senyuman mak dengan penuh makna tersirat, tersurat dan berselirat. 

Mungkin mak aku ada pandangan berbeza dan pandangan aku pun berbeza juga. Mungkin mak aku terdedah dengan persekitaran yang mana kawan-kawan dia ada anak sebaya aku dan mereka dah kahwin. Mungkin mak aku teringin nak ada menantu, cucu dan besan. Mungkin. Eh banyak betul mungkin kauuuuu. Hahaha. Betullah semua kemungkinan itu. Semua mak nak tengok anak dia bahagia dan semua mak nak ada cucu. Eh?

Tapi pada pandangan aku, aku tahu keadaan diri aku macam mana yakni dari segi mental, kewangan, pengurusan diri, etc. Mungkin Allah tahu yang aku masih terkial-kial untuk hidup di era ini maka Allah belum pertemukan jodoh aku. Aku percaya sesungguhnya Allah akan datangkan seorang lelaki dalam hidup aku apabila aku sudah bersedia dan Allah akan datangkan seseorang itu dalam masa serta situasi yang tepat. Semua ini rahsia Allah dan dah tertulis di Luh Mahfuz siapa jodoh aku. Lagi pun kita tak tahu siapa yang datang menjemput kita dulu, jodoh atau ajal.

Katanya, janji sehidup semati.
Ada aje member-member sebaya aku dah kahwin dah ada anak semua. Itu rezeki mereka yang Allah dah tetapkan. I'm so happy for them. 

Fokus aku buat masa ini, aku nak balas jasa mak abah aku. Aku nak tolong keluarga. Aku nak adik-adik aku berjaya dalam hidup diorang. In shaa Allah~

Sebab itu, sebelum nak fikir jodoh, fikir dulu tentang kemampuan diri. Jadi yang tebaik dan In shaa Allah, orang yang terbaik juga akan datang kepada kita. Kan?

Peh peh peh. Aku ke yang tulis entry ni??Ahaks.

Sesungguhnya, marilah kita mempersiapkan diri. Mempersiapkan diri ke arah kebaikan. Teruskan berdoa dan jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

Sekian sahaja hujah saya pada petang ini. Semoga kita bertemu lagi di entry akan datang. Eceh. fefeeling macam rancangan telebisen.

Wassalam. 











Friday, 16 October 2015

Skill Memasak

Assalamualaikum~

Ya umum kita ketahui sekarang tengah panazzz dengan isu kenaikan harga tol yang memang macam beeeeeppppp.

Aku turut terkesan dengan benda jadah ni.

Tapi entry kali ni bukan pasal nak protes tentang kenaikan harga tol. Nanti buat sakit hati itewww jewww.

Kali ni aku nak story pasal skill memasak.

Ya.

Asal sebut pasal memasak je, kompem secara gear automatiknya sinonim dengan perempuan. Eh, please yang bukan perempuan pon boleh masak ye.

Tetttt.

Tiba-tiba rasa nak #tb sikit masa zaman aku menuntut ilmu masak memasak dengan mak.

Okey sebenarnya aku kena paksa belajar masak sejak di bangku sekolah lagi. Dek kerana aku yang tak berapa nak pintar masa UPSR dulu, makanya aku sekolah la kat SMK harian. Masa tu Tingkatan 1 dan 2 sesi petang so mak aku nampak ada peluang kecemasan keemasan di situ. Lantas aku dipaksanya belajar masak. 

Jiwa rapuh mudah berderai seorang remaja 13 tahun hanya mampu menurut perintah. Ewah. Drama sangat kauuuu. Style mak aku, dia ajar pastu tinggal la kau keseorangan terkontang-kanting kat dapur bak Cinderella. 

Contoh sistem pengajaran mak aku : 

Subjek/matapelajaran: Goreng ikan.
Cara/Teknik menjawab : Ambil 1 ekor ikan, gaul dengan kunyit + garam. Goreng.
Sistem pemarkahan : Berdasarkan rupa dan rasa.
Keputusan : Aku berjaya merentungkan ikan. Repeat paper.

Begitulah cara pembelajaran aku dalam bidang masakan. Ceh. Dari hari ke hari mak aku ajar masak lauk itu lauk ini tapi yang simple je lah. 

Okey so bab masak dah boleh dah. Yang terkureng sikit tu kat bab siang ikan. Dulu masa first time aku siang ikan, final look ikan tu memang macam ikan kena bom la. So, macam biasa la kena marah. Bhahahaha. Tapi bila dah lama-lama tu dah okey sikit la. Awal-awal dulu praktis ala-ala ikan kena bom lama-lama dah jadi ala-ala ikan yang cantik disiang. Ya Allah nih dah kenapa puji diri sendiri!Hahaha.

Sebelum 'dibom'.

Bila dah power pandai masak sikit, mulalah gatal tangan nak belajar baking pulak. 

First baking lesson aku try buat biskut sarang semut. Disebabkan noob level supersaiya, aku pergi salin senarai bahan-bahan aje, cara-cara semua tu tak ambil port. Bukan sebab faktor bajet tahu tapi sebab faktor nubis kubis laaa. Bhahaha. Maka, berdebu la dapur mak aku masa itu. Aku yang nubis kubis ni jugalah dengan bangganya mix tepung,baking powder,etc. In other words, aku mix bahan kering sahaja. SAHAJA. Berdebu-debu dan tepung berterbangan bak kabus di ruangan dapur kesayangan mak iolls. Dengan gelabahnya, aku campak-campak semua bahan, lastly secara ajaibnya jadilah doh yang perfect walaupun proses pembuatannya agak terpesong daripada prosedur yang sebenar.

Kat blog ni pon aku ada share pasal apa yang aku pernah masak. Tapi di setiap masakan ada cerita tersendiri. Bukan resepi rahsia tapi tragedi di sebalik penghasilan masakan tersebut. LOL.

Macam-macam lah kes memasak aku. Kek terbelah dua, goreng keropok tapi keropok terbakar, rentungkan nugget ayam, etc.

And I'm sure korang pon ada pengalaman macam ni. Eh yeke. So, untuk girls yang kat luar, jangan risau. Kalau tatau masak, boleh belajar. Yang penting praktis. Refer juga dekat youtube sebab teknik tu penting. Jangan jadi macam aku, salin senarai bahan jek pastu mix bahan kering. Maigosh, was that me?! Hancurssss~

Anyway, terima kasih kat mak sebab ajar iolls masak. Hehehe.

Takpe. Kata praktis.
Adios~








Friday, 28 August 2015

Cara hilangkan kebosanan ketika "Traffic Jam"

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaaaa...

Anda bosan mengadap traffic jam setiap hari? Fed up sampai rasa,"Ish kalau kereta ni boleh terbang kan bagus". Yeah..itu lah yang aku rasa tetiap hari. I feel u and the struggle is real. hah!

Dan aku pon berhuhuhu..sumber : Google

Okey.

Aku tak nak cakap pasal duit minyak and toll sebab nanti nangis. Hahaha.

Kat Malaysia sinonim la dengan traffic jam tak kira masa di mana jua engkau berada. Macam-macam punca la penyebab traffic jam ni. You name it. 

Saban hari aku mengadap traffic jam so ETA aku selalunya 1 jam++. Ye, takde plus minus da, plus plus teros. 

Ko boleh bayang tak, perasaan ketika itu ko balek kerja dengan penat lelahnya ko switch on radio tapi petang-petang punya slot lagi buat ko stress. Dah la penat, pastu merepek-repek lak radio ni. Then, ko switch off radio. Ini antara situasi yang common aku hadapi. Heh!

So, sepanjang mengadap traffic jam, macam-macam tau kita boleh buat.

1. Makan.
Makanan dan teknik yag sesuai diperlukan dalam acara ni. Dulu penah sekali, aku mengadap traffic jammed teruk sangat-sangat sampai kereta memang freeze statik kat situ beb. So, aku teringat la nasi lemak pagi tadi tapi based on my sensory organ, nasi ni fresh lagi. Hahaha. Aku grab sudu, makan. Kereta sebelah pandang-pandang la dua tiga empat kali kilas. Hatta, mee sup sekali pon ko boleh makan beb kalau kena timing. Gituhhhh. Tapi aku sarankan makan la light snack macam jajan ke roti ke. Kunyah sikit-sikit so nanti lambat abes. 

2. Nyanyi.
Ko melalak la dalam kereta sebab ko je la yang dengar. Paling-paling pon kereta sebelah pandang-pandang jeling-jeling. Takda hal suara sedap tak sedap. Ni pon cara nak release tension. 

3. Usha-usha.
Usha-usha di sini luas maknanya. Kalau bosan-bosan dalam traffic jam, aku suka usha kereta-kereta yang power. Contohnya, aku suka sangat usha kereta Honda City sebab aku rase dia cooool sangat. Pastu aku jealous dengan orang yang ada superbike or motor. Aku seringkali berangan macam ni, "ish ni kalau aku naik motor, da lama aku sampai rumah", getus hati limpa ini. So, nak usha, usha jugak tapi jangan melilau sangat. 

4. Jadi juri tak berbayar.
Hah, ni all time favourite aku weh. Aku suka kondem or kritik orang-orang yang bawak kereta secara mentally distorted tak ada common sense. Even sometimes, aku terkhilaf macam dah last minute baru bagi signal tapi ni sebagai contoh la. Hahah. Contoh, nak belok tak bagi signal, pastu da tau traffic jam memang la semua drive slow yang ko pegi hon-hon kenapa. So, dalam kereta takde la aku carut-marut tapi just luahkan rasa amarah tu. Peace!

5. Berangan.
Ye. Ni pon satu hal juga. Berangan ni bagus bila ko tau and kena pada cara. Tapi ada keburukan sikit dan terjadi kat diri aku sendiri. Pada suatu pagi yang indah, aku drive sambil berangan pastu jalan yang suppose aku masuk, terlepas dan melepas. Syok je tekan minyak, amek kau sampai terlajak-lajak. Pastu, aku pon stuck la kat jalan yang berlipat ganda tahap jammed nye. Nangis.

6. Suka hati kau nak buat apa.
Yang ni terpulang, sama ada ko nak combine semua acara atau nak create yang baru pon takde hal. Ekceli aku da takde idea and ni je la benda-benda biasa aku buat bila sangkut kat traffic jam. HOho.

Oh indahnya dunia~
Google image.
Kadang-kadang aku nak je tunggu sambil mereput kat office and balik after 6pm tapi nanti aku sensorang and kerik3. So, tabahkan hati redah traffic jam.

Sampai-sampai rumah je, terbaring terbengkalai la aku kat depan tv dengan tak mandi and lapar. Konon nak luruskan badan bagi hilang sengal-sengal semua tapi hampeh. Tertido lak. 

Aku terpikir jugak nak naik public transport tapi tu lagi seksa sebab sah-sah aku kena bangun awal-awal pagi. Rumah aku agak jauh sikit untuk ke ERL. Nangis lagi. Isk3

Makanya, itulah antara aktivti ko boleh buat kalau bosan dalam kereta. Selamat mencuba. 

Last but not least, sematkan kata keramat ni dalam hati ko. Nescaya ko gembira. Hahaha

Adios~

Monday, 13 July 2015

Soalan wajib kena jawab/tanya time raya

Assalamualaikum . . 


Me at this moment.

Umum kita ketahui, sekarang kita dah memasuki fasa 10 malam terakhir bulan Ramadan. Semoga ibadah kita pada Ramadan kali ini diberkati dan diterima. Amin.

Ehem.

Ok. Next week raya. Jadahnya next week. This week kot.

Hari ini mak nak story pasal sesuatu yang begitu sinonim di kalangan manusia sejagat lagi-lagi ianya sangat sinonim time Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi.

Lagu raya pon dah bersepah-sepah banyak kali dimainkan di corong radio. Begitu excited. Mak pon tak terkecuali. Hahaha.

Okey straight to the point.

Dalam kemeriahan menyambut hari Raya, pasti ada benda yang paling kita (segelintir kot) geruni. Benda simple je tapi kita (kita?) cukup rasa annoying  tak suka sangat dengannya. 

Oh.

Yeah. Soalan-soalan cepu emas yang kita selalu dapat especially time Raya. Soalan-soalan yang ni versi student ataupon versi orang bujang. Sebenarnya nak tak nak, ko kena jugak jawab soalan-soalan cepu emas ni ekceli baik kita face je benda ni tak pon ko buat la pape taktik untuk mengelak. Kalau ko jenis konfiden, ah ko bedal je la jawab pape. Tapi jawab baik-baik la. Nak sindir menyindir macam tak syok lak walau pon dalam hati perasaan nak menyindir balik tu sangat HIGH. Eh, sabar je la sebab kan raya. Hehehe. Kata 0-0. Apply that rule yeah.

Soalan-soalan nye ialah : 

1. Ko belajar mana? pointer berapa? dekan tak? dan sebagainya.
Soalan jenis ni berbaur pencapaian akademik sikit. Education oriented sangat. LOL. Tapi paling hectic giler kalau ko ada sedara-mara yang sebaya ko pastu dorang leh lak buat comparison then comes with the verdict siapa paling bagus. Been there! Solution untuk soalan ini sama ada ko jawab je direct or kias-kias sikit then senyum pastu blah. Hahaha. Oh, elak kan sebarang pertembungan dengan orang yang suka tanya tu. Contoh : kalau ko tengah lepak kat living hall, tetibe dia datang. Ko blah la pergi lepak dapur ke etc. Ternyata berkesan.

2. Ko bila nak kahwin? Tu si polan yang sebaya ko dah nak masuk 3 orang anak dah pon bla..bla..bla..
Standard soalan berbaur jodoh yang selalu ditanya kepada lepasan graduan atau pon yang bujang terang tang-tang di luar sana. Jawapan selamat selalu orang akan cakap, "In shaa Allah" takpon "tengah kumpul duit ni hah" takpon "eh ko dulu la, aku after" sambil tunding-tunding jari kat cousin ko yang lain. Ahaks. Tapi tak semua orang boleh ditanya soalan ni. Mana la tau soalan ni sangat sensitif untuk sesetengah orang. Ye la, kita tatau kehidupan orang lain macam mana. Luaran je yang kita nampak tapi dalaman dia je yang tau. Eh2.

3. Ko kerja apa?gaji berapa?pakai kereta apa?gaji masuk bank mane?
Oh materialistiknya format soalan ni. Ni pon satu spesis soalan yang kerap ditanya oleh spesis-spesis yang penyebok  concern. Tak salah nak ambil tau pasal pekerjaan seseorang tapi berpada-pada la. Jangan la tanya detail sangat sampai gaji berapa RM pon nak tau, kalau boleh nak tau sekali no.KWSP, akaun bank bagai. Haish. Semua tu hal peribadi masing-masing. Contoh, kalau nak tanya, tanya la kerja apa pastu kerja kat mana. Then, stop dah sampai situ. Tak yah nak detail sangat. Dia pon jumpa ko setahun sekali jekkk. Selalu kalau ada yang insist nak tau jugak gaji korang, just jawab,"alhamdulillah cukup la untuk saya idop". Tahun depan tanya lagi soalan sama. Ko jawablah benda yang sama. Hahaha. Looping je semua ni.

4. Banyak lagi soalan yang bakal ditanya. Yang aku senaraikan ni yang paling general la. Hehe. Kang kalau aku senaraikan banyak-banyak lain lak jadinya. Wahaha. Malas nak taip panjang-panjang ekceli.

Peace!

For sure, semua akan mengadap soalan-soalan serta situasi ini. Makanya, persiapkanlah diri anda dengan jawapan-jawapan yang mantop. Kerna jawapan yang mantop boleh di-reuse untuk raya tahun depan. hahaha.

Akhir kata, saya di sini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri ampun maap dipinta dari ujung rambut hingga ke ujung kuku kaki. Enjoy your Raya and jangan la main mercun.  Adios.


Monday, 29 June 2015

Dilema seorang fresh grad (laa sangat . . .)

Assalamualaikum . . .

"I really do wish you the best of luck in getting that dream job you are after. But like most dreams, they don't come for free so work hard and you will get there eventually."
-Christopher Franklin, Amazon Software Engineer (aku terbaca from Quora Digest)

Entry kali ini berkisarkan mengenai masalah ataupon fenomena yang kebiasaannya melanda fresh grad (ditujukan kepada diri sendiri even dah setahun graduated). Yes guys, aku tatau la macam mana pengalaman fresh grad yang lain tapi bagi aku ni lah yang aku alami selama setahun lepas aku graduated. Hekeleh baru setahun. Terpulang la nak pikir ape.

Ehem3.

Bulan 5 lepas, dah genap setahun aku grad. So dalam tempoh setahun ni macam-macam kerja aku buat even yang luar bidang ke dalam bidang ke semua aku lenjan je. Wakakaka. Sebenarnya tak bagus jump kerja ni tapi ada bagusnya jugak. Eh entah. Hahaha

Aku namakan teori ni sebagai job-that-didn't-fall-into-my-lap theory. Bahahahaha. 

Yeah. Selalu bermain dalam kotak fikiran kita. Sumber : Google

Antara masalah yang selalu fresh grad (tatau la kalau aku je ke yang rasa macam ni) akan alami ialah : 

1. Tak pasti dengan keputusan yang bakal atau dah buat.
Okey biasanya lepas abes belajo kita (tatau la korang macam mana) akan pikir next step is kena cari kerja and pikir nak bayo balik study loan, tolong family, etc. Let say ko dah apply keje secara agresif then dapat lak pegi interview. Then ko dapat lak kerja yang ko apply tu. So, masa tu ko pon ada apply jugak keje lain and dek kerna pemikiran yang macam, "kalau aku tak accept job ni, kang tetibe job lain yang aku apply tu aku tak dapat..melepas la macam ni". Lepas tu ko pon dah 50-50 kat situ samada nak accept or reject. But this situations depends kat ko jugak, kalau dah desperate memang 50-50 tu akan datang lepas ko dah keje. 

2. Kerja luar bidang atau dalam bidang.
Ni pon 1 hal jugak beb. Macam-macam job ada kat Malaysia ni dan pilihan terletak kat tangan ko nak keje yang macam mana. Ada je yang masa blajo dulu blajo bidang lain, bila dah keje, keje nya bukan dalam bidang yang blajo dulu. Semua tu rezeki. Kadang-kadang bila dah start keje, kita masih tercari-cari passion kita kat mana sebenarnya (like me kot..huhu)

3. Jump atau lompat-lompat kerja
Ini pon kadang tu terjadi kat fresh grad (bukan nak cakap kat orang lain tapi diri sendiri pon sama jekkkk). Seringkali berpikir, "Eh, tak best la keje ni. Tak paham lah. Eh apa ni? Jadahhhh!". Hahaha..tu 1 contoh situasi yang aku penah rasa. Then, ko end up hantar surat resign and cari keje lain. Bagi sesetengah orang, bagus sebenarnya jump keje ni tapi mesti la selari dan seiring dengan job experience ko. The more years of experience, the better. In my situations, I still searching for the right job that suits my passion. Macam menyampah jekkkk. hahaha.

4. Kerja kontrak ke tetap.
Most of the job yang project basis memang akan offer contract positions. Kalau nak cari pengalaman kerja untuk letak kat resume, boleh la try ni. Tapi susah sikit nak blah sebab kadang tu ko boleh terikat dengan company ni. Check dulu acane requirement job dia. Untuk kerja tetap pulak, kalau dah rezeki dapat kerja tetap makanya Alhamdulillah. Masyarakat kini kan suka berpandangan mulia kat orang yang dah ada keje tetap (kannnnnn . . .) But still, janganlah putus asa. Even before dapat title permanent tu pon kena go through probation period jugak. Apa-apa pon rezeki Allah tu luas.

5. Kerja sebab orang lain dah kerja
Pernah tak ko rasa stress sebab orang lain dah dapat kerja, dah bahagia dengan kerja dorang, dah boleh beli macam-macam, etc. But still, ko masih terkial-kial cari keje (aku la tu..huhu). I olls penah rasa macam ni. Sampai kan tido pon boleh mimpi-mimpi pegi interview lah bagai. Lagi stress bila surat notis bayaran balik study loan dah berpucuk-pucuk posmen hantar unless ko pandai and dapat scholarship boleh la abaikan faktor yang ni. Stress nya pemikiran. Huhu. Sungguh, benda macam ni pon boleh buat ko down tapi take the bright side. Ko jadikan benda ni 1 motivasi untuk ko. Usaha, doa dan tawakal. In shaa Allah!!!

Could it be any more worse? Sumber : Google

6. Pandangan serong masyarakat sekeliling.
Ni pon boleh jadi masalah jugak. Segelintir orang sekeliling yang selalu jadi juri tak berbayar yang suka hati judge hidup orang lain tanpa usul periksa. Gituhhhhh. Selalu yang aku dengar, orang akan cakap, "Eh blajo tinggi-tinggi tapi tak dapat proper job", "Tu la, harap je blajo jaoh-jaoh, blek takde hasil" dan sebagainya. Hati ibarat dihiris-hiris sampai berdarah-darah. Orang boleh menilai luaran tapi kita aje tau situasi sebenar. Sabarlah.

7. Job requirement yang mengelirukan.
Selalu aku apply job secara online. First thing aku tengok is the working experience yang company tu nak. Even ada aje company yang kata nak entry level and fresh grad encourage to apply but then bila scroll job requirement tu, dia nak 3 years experiences. Kalau aku yang fresh ni apply and ada je orang lain yang ada relevant experiences, dia akan ambil yg relevant experiences tu. Maybe dia nak cut cost kat training and that person can work under minimal supervision. Company will do anything yang boleh reduce costs and increase output. So, please la teliti dalam pemilihan job ni.

Kalau ikutkan banyak lagi aku nak tulis tapi keje aku pon banyak sebenarnya. Harharhar. Btw, I just landed a new job and . . . you know how I feel sometimes (refer nama teori aku..lol). Kadang tu sampai terpikir, "apa yang aku nak sebenarnya ni?". Pencarian masih diteruskan I guess. I know some of u might think, "takde objektif/matlamat/misi/visi idop ke budak ni?", well terpulanglah nak kata apa sebab I'm trying so hard to figure out my life. The day will come and apa yag aku perlu buat usaha lagi. 

Doa



Thursday, 21 May 2015

Roti bawang putih + sup berkrim cendawan

Assalamualaikum dan sejuknya kat opis mak!!!

Ehem.

Kali ini aku masak lagi. Ye. Sumber resepi amek dari gugel je. Before that, meh saksikan hasil air tangan adik aku dan aku.

Bersusah payah aku dapatkan lighting untuk pic ni.
Mangkuk sup tu pinjam mangkuk nenek aku untuk that eastern look.
Yeahhhhh!

Pada satu petang hujung minggu yang bosan, aku dan adek telah mendapat ilham untuk try resepi tersebut. Walaupon agak kebaratan resepi ni tapi kami telah berjaya memberi eastern look kat resepi ni. The eastern look tu terletak kat pinggan yang kitorang guna. So the very kampong pinggan. Hah! Pinggan lejen kauuuu.

Meh aku share resepi yang disalin daripada sumber gugel dan juga telah di adjust oleh kami. Cekidouttt.

The bahans.
Bahan-bahan :
(untuk roti bawang putih)
roti Perancis (Ye roti yang keras batu tu)
2 ulas bawang putih (if kau vampire just please don't put this aye)
1 sudu besar marjerin/butter
Parsley flakes

(mushroom soup yang creamy bak angggg)
1 tin mushroom
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
500ml susu segar/full cream (aku main tonggak je ikot suke)
daging ayam (depends)
sedikit lada hitam
air secukup rasa
garam sesedap rasa
1 sudu tepung gandum (bancuh dulu)
2 sudu besar mentega

cara-cara :
(roti bawang putih)
1. Parut bawang putih halus-halus
2. Masukkan marjerin dan kacau sebati dalam 1 mangkuk kecil.

Mix je sume nih!
3. Sapu atas roti then letak dalam dulang pembakar.

Sebelum pembakaran.

4. Hias sikit dengan parsley flakes.
5. Bakar jangan sampai hangus.

(mushroom soup)
1. Tumis bebawang sekalian dengan mentega dalam periuk.
2. Letak air sikit then rebus ayam yang dah dipotong kecil-kecil sampai dia empuk
3. Blend mushroom dan kalau suka hiris kecik-kecik je mushroom tu. Pastu masukkan dalam periuk kita tadi tu.
4. Tuang susu then kacau-kacau sikit. Bagi dia mendidih then masukkan kiub ayam.
5. Then masukkan bancuhan tepung tadi untuk likatkan soup tu.

Soup siap.
6. Season kan dengan lada hitam dan garam.
7. Siap dan serve dan melantak dan post kat pesbukk!Hahah!

Selamat mencoba!




Wednesday, 8 April 2015

Ke Pulau Perhentian Kecil kah kita (Part III)

Assalamualaikum~

3 sequel hah untuk entry ni. Hahahaha. Tapi chill, aku cuba pendek dan simple kan entry ni.

Enjoy.

Hari Kedua

Mulakan hari kedua ini dengan pagi yang indah. Harharharhar. Walaupun agak sleepless sebab tak lena tido, tapi weolls gagahkan jua untuk menempuh hari kedua. Yeahhhhh. Aktivti hari ini ialah snorkeling. Ada 3 check point kami snorkle; Turtle point, Shark point dan Coral point. Tapi yang kat shark point tu kami tak pegi dek kerana memasing dah penat pastu memasing bantai swimming macam pro last-last stamina down. Wakakakaka!

Honestly, kitorang tak ambil gambo masa snorkeling sebab phone memasing water-haters maka memasing simpan phone taknak bagi basah. Maka, kami berlapan pon tumpang menyemak kat Gopro orang lain. Dorang pon sama pakej macam kitorang so deal kitorang untuk gambo-gambo dalam air tu nanti akan di-PM oleh dia kepada member aku. Jimat di situ sebab kat situ pon ada sediakan khidmat tangkap gambo dalam air tapi kitorang kedekut nak jimat. Kitorang singgah jugak ke Lata Berani.

It was amazing laaaa. Siyessss. Ikan kalerpul, penyu malu-malu kucing, usha-usha mamat ensem view, etc. Best woooooo.
It feels sooo gooooood.
Some kind of sea organism. Kot.
Lambaian pokok kelapa.
Aku tak ingat ni kat mana bay ntah.
Yang selalu cepat rasa cuak, gelabah, ect. boleh datang sini.
Cantek.
Wide open sky.
Petang tu pulak, kitorang jungle trekking secara berjemaah. Berkat tanya-tanya orang kampung, kitorang berjaya trekking. 2 jam trekking beb. Konon-konon nak pegi kat area kincir angin tu tapi dia kat beach lain. Sebenarnya ada je boat nak ke sana tapi kitorang kan kedekut nak tengok sekitar-sekitar pulau. Hehehe. 
Trekking la kitaaaa~
Ter-Parkinson pulak. Maap.
Jalan-jalan kat beach lain, jumpa tempat yang cantik ni.
Chalet tingkat-tingkat.
Yang ni sesuai untuk yang jenis suka challenges.
Oh ni pon.
Just nice. Hehehe
Siapakah yang bakal mengisi kekosongan ini?
Finally kami sampai kat Coral Bay. Kat situ macam happening sikit. Ramai tourists stay kat Coral Bay. Kitorang sampai Coral Bay dalam pukul 6. Memasing dah penat and kalau kitorang trekking untuk balik memang gelap dah hutan tu. So kitorang decide naik boat. Tambang RM15/person. Kitorang ada lapan orang so total RM120. Ye sekali lagi kitorang diuji. Hahahaha. Gelabah ayam memasing nak bayar tambang. Member aku bawak RM50, kitorang yang lain-lain ni bawak dalam RM3-RM5. Time kira duit nak bayar tambang, penuh RM1 berkeping-keping. Pastu total ada RM84,kitorang siap cakap nanti dah sampai homestay, sorang lari naik bilik pegi amek duit. Brader tu dengar plan tindakan kitorang pastu dia kira RM10 je. Perghhhhh. Trimas broooo.

Sampai-sampai kat Fisherman Village, kitorang ronda satu kampung. Gaya macam menteri turun padang. LOL. Tetibe terserempak pulak dengan minah saleh ni, dia buat community service kat situ for a year beb. Siap boleh cakap Bahasa Melayu. Respect woo sebab loghat kat situ kan ala-ala kelate, kiranya dia paham apa dorang kecek. Aku pon still terkebil-kebil/blur bila dorang kecek. 

Ronda-ronda kampung.
Ini lejen.
Malam tu BBQ, habis makan, kitorang gossiping bed time story/girl talk all nite long. Bed time story/girl talk bawah pokok bersaksikan bintang-bintang malam and siap ada background music tauuuu. Tapi malangnya lagu tak masuk dengan tema kitorang.

Hari Ketiga

Yeahhhh. Sekali lagi mulakan pagi anda dengan jalan-jalan buat kali terakhir sebab hari ini balik. 

Sunrise.
Sunrise kat masjid.
Last but not least. Hati-hati.
After check out, kitorang naik boat jam 1230. Sampai-sampai jeti Kuala Besut, aku pening. Sebabnya time pergi, naik boat siyes macam naik roller coster. Balik tu, brader tu bawak ala-ala dondang sayang beb. Tapi okey la sebab kitorang tak basah kena air laut. Brader tu terer drift atas air.

Sampai-sampai je, kitorang beli souvenir and lunch. Pastu port ramai-ramai kat masjid dan tido bergelimpangan sampai maghrib. Wakakakaka. Finally kami pon pulang dengan menaiki bas jam 8.30pm and arrived at TBS jam 5.15am. 

Sampai umah je, basuh semua baju dan sambung tido...hehehe.

Sekian untuk entry kali ini. Trimassss. :)

Tuesday, 7 April 2015

Ke Pulau Perhentian Kecil kah kita (Part II)

Assalamualaikum...

Pagiiiiii...

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini adalah sambungan entry sebelum ni. Presviously on bla bla bla..back la balik untuk baca entry before ni.

Aku dan geng baru aje kembali pulang dari Pulau Perhentian. Mostly ramai tak leh nak move on sebab kitorang still teringat-ingat lambaian pulau tu. Member aku cakap semua ni santau pulau sebab tu kitorang masih di takuk lama yakni memasing still lagi seakan berada di pulau tu. LOL.

Hari Pertama

Beg bau kedai..aku pakai je dah separuh tinggi beg ni dengan aku. Me iz bantut. Isk.
Aku apply cuti 2 hari, Jumaat + Isnin. Sabtu + Ahad bonus. Kitorang ada 8 orang dan semua perempuan. So this was kinda babes vacay laa. Kitorang naik bas Sani dari TBS ke Kuala Besut.

Tanpa tiket siapa lah kami.
Bas kitorang jam 10pm dan sampai Kuala Besut jam 6am. Dalam bas memang memasing bantai tido kaw-kaw. Tau-tau je sampai.

Sampai-sampai sana je kitorang tumpang surau kecik molek untuk solat Subuh dan surau tu berdepan je dengan jeti. Pekan Kuala Besut ni macam klasik sikit and klasik-klasik pon bersih tau. Terbaek.

Siap ada tulisan Jawi hah.
 Lepas solat, gosok gigi, cuci muka bagai, kitorang pon pergi la cari sarapan. Kitorang tanya-tanya orang kat situ, dia cakap ada kedai murah kaler ijau. Dengan beg yang berbondong-bondong dan 8 1/2 minit kitorang jalan, jumpa pon kedai makan kaler ijau. Nun kat hujung alam hah. Takde lak gambo kedai makan tu, maapla ye. Lepas bekpes, member aku kata setiap hari Jumaat ada pasar pagi kat area tu. Ye, sekali lagi kami jalan dengan beg beso memasing. Nak ke sana, kitorang tanya sorang pak cik ni.

Member A : Pok cik, weolls nak pegi pasar pagi ni. Guane nak pegi sana?
Pok cik : Ni ikot je jale tar ni. Nanti sampa.

Kami dan beg dan Kuala Besut


Gara-gara ini kami semua berteka-teki sesama sendiri.
Quack.
Ye, berbekalkan ke-noob-an masing-masing, kitorang pon follow la jalan tar. Jalan tar as in jalan berturap bukan Jalan TAR kat Kolumpo tu ye. Cuak jugak weh kalau kitorang pegi entah mana-mana. Member aku siap cakap, "Ni kalau sesat memang pegi tak kembali". LOL. Jalan kat situ semua tar dah tu kalau ada simpang, nak ikot yang mana?. Hahahahaha.

Sepanjang perjalanan kaki kitorang menuju ke pasar pagi yang berlandaskan jalan tar, macam-macam kitorang jumpa beb. Senang citer, kitorang pusing-pusing kampung kat situ. Ye, dengan beg-beg beso gedabak tu jugak kitorang angkut. Barangkali bakat sebagai porter terserlah di situuuu.

Finally, sampai jugak kitorang ke pasar pagi. Fuhhhh.

Pasar pagi.

Toto, karpet sumaaa adaaa..
 Orang kat sini betul-betul berpagi-pagian. Berbeza betul dengan orang lain yang kat tempat lain tu, (orang lain yang kat tempat lain = aku)  awal-awal pagi dah cari rezeki even hari Jumaat yang sepatutnya merupakan leisure day dorang. Kalau aku, memang membuta sampai malam. Wakakaka. Sedang kitorang jalan-jalan kat pasar pagi tu. Ada sorang brader ni tegur.

Brader : Dik, bawak beg besar-besar ni lari dari umah ke?
Member B : Hahahaha..kitorang nak pegi pulau, bang(ang). lol

Sejak tu, kitorang jalan lelaju sebab orang lain pegi pasar lenggang je yang kitorang lak pegi angkut beg beso-beso alam ni pehal. Paling epik, time kitorang jalan kat tepi jalan raya sambil dihon oleh orang lalu lalang, tetibe ujan lak. Nice. Belum sampai pulau dah adventure. 

Lepas abes pusing satu kampung, kitorang naik speedboat menuju ke destinasi murni yakni Pulau Perhentian Kecil.
Tadaaaa..meet Jeti.
Mak datokkks, speedboat dia gila kencang weiiii. Rasa macam terbang-terbang kat atas boat tu hah. Terjongket-jongket ko kat atas boat. Bak kata brader tu, "Kita lawan ombak dik, sebab tu impak dia sampai leh buat ko sakit tulang belakang, tengkuk, pelvis etc." Tapi serius best. Dekat setengah jam jugak la kitorang berlompat-lompat atas boat sambil  experienced water-slapping-face effect. Power.

Jeti Kuala Besut.
Can you see the my boat. See? Haha
Bermula la perjalanan weolls.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau. Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kitorang stay kat Fisherman Village, Pulau Perhentian Kecil.

Yang ada harga tu tambang speedboat. Masa aku pegi sini, GST belum dilaksanakan lagi. Hehehe.
The best part is air laut kat situ jernih. Kita boleh nampak ikan berenang especially bila baling roti dalam air. Amek ko, berduyun-duyun ikan datang.

Blue-green waterrrrr at Fisherman Village bebeh.
Tadaaaaaa....datatadaaaaa..
Sampai-sampai je kitorang check in bilik. Kitorang dapat family room. Ada 5 katil queen dan betol-betol depan laut beb.
Ni ada construction sikit. Bilik kitorang berhadapan dengan site ni. But chill, we can still see the gorgeous view maaaaa. Oh time ni nak ujan.
Petang tu, kitorang pergi snorkeling secara SDN. BHD. Brader boat tu drop kitorang kat mana bay entah pastu ber-snorkeling la weolls. Memang bertatih-tatih sambil minum air laut macam ko minum milo ais. Hahaha.

The us.
Senja di ufuk sana tu hah.
Probability entry aku boleh jadi panjang berjela-jela ni sangat tinggi, so aku decide untuk update 2nd and 3rd day kat next entry which is part III. 

Hehehehe.

Sekian. Tunggu next entry yep.