Friday, 19 October 2012

Kerja gila.


 Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaa!!

Topik hari ini aku nak bercerita pasal kerja gila yang paling gila pernah aku buat (just nasib baik tak gila je) Bahahahaha~

Ok.

Berdasarkan tajuk yang bakal dikupaskan pada hari ini, kalau diikutkan memang banyak nak dikupaskan tapi memikirkan kekangan masa makanya kita pendekkan aje la cerita ini.
Sebab kejap lagi aku ada kelas kot.Yay!   (-__-)

Aku pasti dan memang pasti yang semua orang kat dunia ini pernah buat kerja gila tak kiralah  walau seskema atau sebaik  mana pun seseorang itu,kompem dia pernah buat kerja gila punya la.Guwa jamin. Tapi kalau ada yang tak pernah langsung buat kerja gila ini, aku tabik panglima kat korang la.

Kerja gila yang dimaksudkan kat sini ialah segala perbuatan yang dianggap boleh mendatangkan risiko kepada si perilaku. Kerja gila yang aku katakan ini bukan kerja gila yang menjerumus ke arah dosa dan kemaksiatan tau.Itu betul-betul gila weh! Ini kerja gila yang boleh diterima akal lagi. Paham tak? Tak paham tak pe,study elok-elok sebab apa yang aku tulis ini tak masuk exam pon. Jangan risau.

Tehehehehee~

***********************

Teringat masa zaman sekoah rendah dulu. Masa itu aku darjah 5 kalau tak silap la. Kalau masa sekolah rendah dulu ada sesi pagi dengan petang dan aku sekolah untuk dua-dua sesi itu. Pergh! Penat kot.

Masa itu basikal aku rosak dan mak aku hantar aku pergi sekolah. The best part is adalah menjadi satu kebiasaan bagi mana-mana budak sekolah untuk membeli makanan ringan atau dalam bahasa Jawa digelar jajan. Lokasi penjualan jajan ini biasanya dijalankan kat rumah. Oleh kerana aku duduk kampung, maka port nak beli  jajan senang nak jumpa. Aku pun terjebak juga dalam isu pembelian jajan ini. Siap buat stok lagi pastu jual kat kawan. Kecik-kecik lagi dah otak bisnes. Bahahaha…Ok stop bangga!
Pada suatu petang yang terik, aku datang sekolah awal. Tak pernah-pernah aku datang awal tiba-tiba aku datang awal. Baik tak aku? Bahahahaha!

Disebabkan datang awal, tiba-tiba bergolek la idea bernas dari otak kecilku ini. Muahahahaha!
Hatiku berkata,”Aku nak beli jajan la kat rumah Bibik A”, (dalam kalangan orang Jawa, gelaran bibik merujuk kepada mak cik tapi kebanyakan orang apply the word bibik kat pembantu rumah je..choi!)
Tapi bila difikirkan balik, basikal aku rosak kot. Takpe, masa itu aku nekad gila nak juga beli jajan pastu aku pun pergilah kat tempat parking basikal belakang blok akademik. Aku bermonolog dalaman,”Alaaa…aku pinjam kejap la basikal dorang nih,nanti aku letak balik kat sini”. Tapi yang sengalnya aku ni, aku siap pilih basikal yang power lagi. Dari jauh aku nampak basikal BMX dan of course la tu basikal budak lelaki punya tapi aku kisah apa, rembat aje sebab masa tu aku nak sangat merasa naik BMX. Zaman aku dulu BMX agak top dikalangan we all. So, agak jakun dan batak la aku masa tu. Bhahaha..

Lepas rembat basikal tu, aku kayuh laju-laju nak pergi borong jajan. Setibanya kat kedai tu, aku terserempak kawan aku, dia puji, “Weh, shantek basikal ko”. Aku jawab,”See the leg la bhai”,sambil kembang di hati walaupun tu bukan basikal aku. Heh!

Pastu,keesokan harinya kecoh pasal ada basikal beralih tempat means masa datang sekolah parking tempat lain , bila nak balek sekolah basikal tu dah ada kat tempat lain. Haha!

Antara kerja gila pernah  di buat :

·         Cubaan untuk ‘fly’ dari asrama (masa ini aku Form 4).
·         Panjat pagar masjid bersama member-member terchenta.
·         Hampir kena saman sebab bawa kereta tanpa ditemani lessen.
·         Rembat kereta bapak member untuk pergi shopping raya pastu rosak dan tersadai kat jalan.
·         Prank member di khlayak orang ramai. (The best part ever!)
·         Panjat pagar asrama sebab pagar dah tutup. (Time tu study week ok)
·        Cakap kat cikgu, “May I go to the toilet please?”,tapi sebenarnya aku melencong pergi kafe sebab lapar dan aku tak boleh fikir kalau perut kosong.



Kalau diikutkan, benda nih semua tak lah gila mana pun kan? Saja bikin gempak aje.Hehe!
Dan semua nih aku tulis bukanlah niat untuk tunjuk yang aku nih jahat or apa-apa tapi just nak share pengalaman hidup je dan kalau boleh janganlah jadi macam aku...hehehe.
Ok..setakat ini aje. Aku nak solat and off to class. Till we meet again!


Friday, 5 October 2012

Aku dan basikal

Assalamualaikum dan selamat tengah malam.Hweee~

Malam ini aku berkeinginan untuk menaip blog. Entah kenapa, malam ni tak seperti malam-malam sebelum ini. Malam ini udaranya berbeza. Bintang mahupun bulan seperti tidak mahu  memunculkan diri. Masing-masing menenggelamkan diri disebalik langit yang hitam pekat gelapnya yang ditemani awan malam yang tebal. Aku lihat kiri, aku lihat kanan. Teman-teman sebilikku sudah tenggelam dalam tidur yang diulit dengan mimpi-mimpi indah. Ku jenguk ke luar jendela, tiada apa-apa yang menarik di luar sana. Sepi. Sunyi.

Ok.Aku sebenarnya tak boleh tidur sebab terminum nescafe punye white cofee. Niat aku malam ni nak study (konon-kononnya) tu yang aku pekena white cofee. Tapi semua tu hanyalah harapan pabila niat nak study terbantut gara-gara dek kelajuan internet yang menggodaku untuk online. Heheh.


*******************************

Sedang aku termenung malam-malam buta ni,tiba-tiba aku teringat kat satu kisah hidup aku ni. Ceh!
            Masa tu aku darjah 3. Sebagai seorang kanak-kanak riang yang berusia 9 tahun ketika itu, aku memasang angan-angan nak ada basikal sendiri. Tapi apabila memikirkan keluarga aku bukanlah orang senang yang boleh bagi je apa aku nak,aku terpaksa lupakan angan-angan tu. Maka, dipendekkan cerita, disebabkan aku nak juga basikal tu, aku pun cakap kat mak aku.

Gambaran basikal idaman.
"Mak,orang nak basikal boleh tak?Kawan-kawan orang semua ada basikal.Orang nak juga."
Mak aku pandang aku dengan pandangan matanya yang menusuk kalbu. "Kalau nak juga basikal, kau belajar pandai-pandai, dapat nombor 1 dalam kelas, nanti mak suruh abah beli basikal tu",kata mak kat aku.
Aku tersenyum lebar dengar kata-kata mak aku sambil berkata"Ok mak!".


             Mulai hari tu, aku study la bagai nak rak. Kalau anda semua tengok cara aku study, tentunya anda seakan tidak percaya sebab aku study macam nak SPM sedangkan baru darjah 3.Huhu.
                  Disebabkan perasaan aku membuak-buak nak basikal tu, aku study siang malam. Dalam otak aku masa tu aku hanya fikir pasal basikal tu. "Aku nak basikal merah",sebelum study aku selalu cakap benda ni untuk  membakar semangatku gitu. Chewaaaahhh!

                 Akhirnya, peperiksaan yang dinanti-nantikan telah tiba. Aku target memang nak dapat nombor 1. Walaupun kedengaran agak 'over confident' tapi masa tu aku dah tak fikir apa dah. Yang penting basikal tu aku kena dapatkan juga. No matter what!

******************************************
                      Keputusan peperiksaan dah keluar. Berdebar-debar sampai ketiak berpeluh aku cakap kat anda semua. Serius cuak gila!

Jeng..jeng...jeng...

Aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan tu dan seperti yang dijanjikan aku dapat basikal yang aku nak tu. Masa tu Allah je tau betapa gembira sangat aku dapat basikal tu. Hoho.
                
Basikal tu aku jaga dengan baik sangat. Setiap minggu aku basuh basikal tu walaupun hakikatnya basikal tu tak kotor pun. Abah aku kata,"Abah yang ada kereta ni pun tak de lak basuh kereta tetiap minggu, ko je semangat basuh basikal tu tetiap minggu". Haha. Kalau boleh dibawa tidur, dah lama aku buang bantal busuk aku, ganti  dengan basikal tu. Tapi tu dah macam obses yang teramat la pula.

                          Tapi bila aku dah meningkat usia (tinggi tak meningkat pulak,berat badan lak yang meningkat dengan jayanya) aku terfikir, masa aku belajar bagai nak rak semata-mata nakkan basikal tu, niat aku hanyalah kerana basikal tu. Sepatutnya niat aku, aku belajar kerana Allah dan dengan niat nak tambah ilmu didada disamping aku belajar sebab nak tingkatkan taraf hidup keluarga aku. Oleh yang demikian, aku selalu ingatkan diri aku, apa-apa yang aku kerjakan atau lakukan, yang penting bukanlah semata-mata kerana ingin mengejar dunia sahaja tetapi mengejar akhirat juga. Apabila aku buat sesuatu pekerjaan atau tugasan,aku  bukanlah mengharapkan balasan daripada sesiapa pun. Yang penting ikhlas. 

Sekian.


le cat allergic part II

Assalamualaikum dan selamat malam sebab kat sini(Malaysia) dah malam..hahaha

Ok.Habis.



Ehem. Kita sambung balik pasal le cat allergic yang tergendala setelah sekian lamanya.

Sebelum itu, mari kita hayati petikan ayat dari sebuah artikel yang aku jumpa ni.

"But contrary to what you might think, it's not the fur or hair that's the real problem. People with cat allergies are really allergic to proteins in the cat's saliva, urine, and dander (dried flakes of skin)."

Masa aku mula-mula tau pasal ni,perasaan aku adalah seperti berikut :



"What????"



"yeah baby"


Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh artikel yang aku jumpa tu, dia kata manusia ni sebenarnya alergi dengan protein yang ada pada kucing contohnya seperti air liur dan sebagainya. Yang paling penting kat sini ialah simptom-simptom alergi kat kucing. Antaranya :

  • batuk-batuk dan rasa semput-semput gitu.
  • rasa semacam sesak-sesak nafas tapi masih bole bernafas cuma nafas cam pendek.
  • mata jadi merah-merah bak buah saga dan rasa gatal.
  • gigitan atau terkena air liur kucing secara sengaja atau tak pada kulit bertukar menjadi merah-merah semacam ruam
  • hidung rasa gatal-gatal dan rasa cam nak cabut hidung je.
  • bersin-bersin
Berikut merupakan simptom berdasarkan maklumat yg diterima.Hehehe...

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk http://www.webmd.com/allergies/cat-allergies. Web page ni banyak info yang berguna tau. Aku ingat nak bagitau semua benda pasal 'le cat allergics' ni tapi rasanya baik anda semua tengok page tersebut.Hehehe.

Sekian.