Kawad kaki dah sebati dalam diri
aku. Kalau diimbas kembali tahun 2011, masih terasa lagi debaran sebelum nak
bertanding. Masa itu, rasa nak pengsan sebab berdebar giler. Serius cakap, tu
first time aku join pertandingan untuk wakil team kawad dari universiti aku. Selama
ini aku tak pernah wakil apa-apa. Loser giler aku masa time kat sekolah dulu.
Dan cuak nak bertanding ni lain sikit, cuak dia sangat la lain daripada
cuak-cuak sebelum ini. Sebab pertandingan ini melibatkan maruah kami semua.
Walau pun ada setengah pihak kata, ala..pertandingan je pun, menang kalah semua
itu adat. Tapi bagi kami, semua tu boleh blah la,pertandingan ini lebih dari
tu.Lebih dari segala-galanya. Segala usha2
usaha-usaha kami, penat lelah
kami, kami mahu hasilnya nanti yang paling terbaik.
Sebelum nak bertanding, aku
teringat masa kitorang practice. Masa tu siang ke malam ke tengahari ke da tak
kira apa dah. Lagi-lagi kena pula dengan jurulatih yang strict. Semuanya dia
nak perfect je. Setiap inci kesalahan kitorang, walau sekecil kuman sekali pun,
dia nampak. Bak kata omputeh, “eyes like an eagle”. Gosh! Masa tu memang serius
aku cakap sambil kawad tu sambil menyumpah. Bahahahahahaha. Aku teringat lagi
,ada satu malam tu kitorang belajar 6
bunga atau formasi (ni bukan farmasi tau)
dalam satu malam dan kitorang belajar bunga tu sampai pukul 2 pagi. Masa
tu serius ngantuk guwa cakap sama lu beb. Dah macam zombie, tapi zombie tak
zombie kena jugak practice. Malam tu kitorang dibagi minum kopi O kaw-kaw.
Lepas minum kopi O tu masing-masing terbuka terus mata. Pergh! Bombastik beb! Bila dah minum kopi O
ditambah lak dengan semangat nak menang, memang berkobar-kobar la nak practice
seyhh!
Masa practice dulu, serius cakap
muka aku memang burn kaw-kaw. Burn tak burn yang penting masa bertanding nak
menang. Tu je yang kami satu team fikirkan.
Hari yang ditunggu-tunggu da
tiba. Turn kitorang masa tu turn yang ke berapa entah aku tak ingat tapi time
tu tengahari dan cuaca panas terik maaa. Kitorang semua pakai drill boot and drill boot ni material dia terdiri
daripada leather and it’s killing me coz panas giler kaki guwa weh. Macam celup
kaki kat dalam kuali bhai! Time tu memang rasa macam nak tumbang, aura kitorang
satu team pun dah rasa semacam je.
Tiba-tiba, jurulatih kitorang
gertak kitorang. Dia kata,”kau takut skuad?Hah?!Takut?!”. Nada dia dia macam
marah. Huhu. Tapi rupa-rupanya dia nak bagi kata-kata semangat sebab muka
masing-masing time tu da macam apa je. Mayat pun tak sepucat kitorang kot. Huhu.
Juri dah bagi panggil ketua platun untuk bagi arahan skuad masuk
track. Pergh! Berdebar siot!
Setelah siap melapor kekuatan
skuad, kitorang pun mulalah langkah seterusnya. First start dengan kawad statik
dan lepas tu dinamik pula. Memang sehabis dan sepenuh semangat la kitorang
kawad masa tu. Kalau diikutkan, tu la first time aku rasa semangat giler. Kalau
ada percentange yang boleh ukur tahap semangat aku masa tu, more than 100% lah
aku cakap. Terbangga pulak!
Lepas bertanding, fuh! Lega wooo.
That was the most terrified moment ever
lah! But somehow I like it. Hihihi.
After turn kitorang da settle,
kitorang terus port kat dalam stadium. Dalam tu sejuk dan kitorang dari tempat
panas masuk tempat sejuk memang brain freeze gler woo. Aku ingat lagi, lepas
masuk tempat tu, ada dua team mates aku tumbang. Sorang tu da memang tak
sedarkan diri, pengsan da. Sorang lagi da hampir-hampir nak pengsan. Masa tu
memang panik giler lah.
Tiba-tiba, muncul satu perasaan
sebak kat dalam dada aku. Aku rasa dada aku sesak, susah nak bernafas dan masa
itu pecah berderai empangan air mata aku.
Keadaan masa itu memang membuatkan aku rasa sebak. Masa itu aku tengok semua team mates aku kelam kabut
tolong team mate yang pengsan tadi tu. Aku pulak diam dan kelu, tak tahu nak
cakap apa, nak buat apa. I was like numb
for a while. Sorang team mate aku perasan yang aku tengah nangis sorang-sorang
sambil bukak tali drill boot. Dia datang kat aku pastu tolong bukak kan semua
aksesori uniform yang aku pakai lepas tu team mate yang lain datang tolong aku.
Dalam ramai-ramai yang tolong aku,ada yang kata,”Beb, ko ok tak?Mana yang
sakit?”. Masa itu aku memang tak sakit pun. Tapi aku sebak aje. Aku tak cakap apa-apa, aku hanya mampu geleng
kepala je. Memang lencun la sebab nangis punye pasal. Stupid tears, salahkan
air mata pulak… Huhu..pilu giler time tu.
| I miss this moment~ |