Tuesday, 23 December 2014

Gossip

Nothing travels faster than light but gossip.

Jemah-Joyah keep gossiping all day

I have Social Disease. I have to go out every single weekends. If I stay home on weekend, I start spreading rumors to my cats. Wait, do i own any cat? Kbai.

Monday, 22 December 2014

Hari yang dingin.

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.

Banyak benda yang tak diduga jadi pada hari ini. Dan juga semalam. Ye, semalam. Lepas itu, kat office hari ini pon boleh tahan jugak ke-disaster-an nya. Tapi aku nak cerita pasal benda yang tak diduga yang telah terjadi pada hari ini yakni pada jam 1.15pm. Aichooom!!!

Tadi aku dengan member aku berjalan sepoi-sepoi bahasa menuju ke Alamanda dengan niat nak pos barang kat member aku yang duduk jauh nun di Kedah sana. Nasib baik la Alamanda ada pejabat pos lori mini. 

Sambil jalan, setiap perjalanan kami diiringi dengan pelbagai complaint ulasan tentang kerja yang berlambak jutanya.

Jalan. Ulasan. Jalan. Ulasan. Jalan. Ulasan.

Sampailah kami ke destinasi yang dirancang iaitu pejabat pos lori mini. Disebabkan confident aku level advanced, aku pun beli la sampul ekspress A4 dengan sampul poslaju yang plastik tu. 

Yang sampul plastik tu aku nak isi barang member aku yang nak dipos ke Kedah. Pastu aku rasa macam bongek gilerrrs sebab dah la beratur panjang, pastu aku tak minta address member aku yang kat Kedah tu. Pagi tadi aku siap Whatsapp member Kedah aku tu bagai nak rak dan benda paling penting, address dia tu boleh pulak aku lupa nak mintakkkkk. 

Dah siap beratur, da siap bayar tinggal nak tulis address je. Time tu aku da port baik punya kat meja tepi tu. Meja tu untuk orang awam isi details transaction etc. Punya la semangat aku tulis Alamat Pengirim bagai tetiba mata ku tertancap pada perkataan keramat iaitu ALAMAT PENERIMA. Dushhh! Double bongek di situuu. Then, aku cepat-cepat cover ke-bongek-an itu dengan poyo-poyo tengok phone konon-konon ada orang mesej pastu blah dari situ. Betapa terserlahnya ke-bongek-an itu. Adeh. Rasa nak lempang diri sendiri laju-laju.

Setelah terlepas fasa ke-bongek-an itu, aku dengan member otw nak balik rumah office. Sampai je dekat pintu kuar, hujan lebat mencurah-curah ke ladang Alamanda. Nangis. 

Kau nampak tak orang ni jalan dalam hujan tapi pakai payung? Kau boleh bayang tak aku dengan member lari-lari macam hape dengan berbaju kurung ayu ni???
Tapi disebabkan tahap ke-survival-an aku dengan member yang tinggi bak gunung Everest, kami redah hujan lebat yang selebat-lebatnya itu tadi. Redah. Redah. Redah. Redah. Maka sampailah kami ke lobi office. Lencun semuanya dari atas tudung hingga ke hujung kuku jari. Paling tak boleh blah aku lari sambil kepit barang pos tu. Terasa diri ini macam American Football player. Lari dalam hujan, bawak football dengan gagahnya. *berangan* Da la pakai baju kurung. Lari macam hape. Hahahahaharomhahahaha.

Masuk office, basah lencun. Pastu kena penangan air-cond, perghhhhhh sejuk wa cakap sama lu beb. Pastu lama-lama aku rasa aku macam berbau hapakkkkk. Hakhakhakhakhakhak. Kbai.

Thursday, 18 December 2014

Aku dan buku.

3.36 petang.

Bunyi mesin fotokopi memenuhi segenap ruang yang ada di pejabat ini umpama alunan yang mendendangi para penghuninya.

Ngeng!

Hari yang indah sebab keje aku da siap. Bhahahahaha. Tapi selalunya tepat jam 4.45 petang yakni waktu afdal aku siap-siap shut down PC and kemas meja, time tu la keje berlambak-lambak nak datang. Time tu aku mampu gelak HAHAHAHAHAROOMHAHAHAH. Kbai.

Keje da siap, tak kan aku nak nganga je depan PC ni. Tak elok membazir masa. *contoh employee of the month*

Lantas aku mencapai sebuah buku yang memang dah lama dinanti-nantikan  kewujudannya. This is it! Inilah buku hasil coretan Matlutfi90.

Kredit to skeleton comel kerna bagi aku pinjam buku ko pastu aku review buku ni macam aku lak yang beli buku ni.
So far, baru tadi aku pinjam buku ni kat member aku tapi aku tak baca lagi pastu poyo nak review buku ni macam aku da baca lak. Bahahaha. Korang, mohon dapatkan buku ni di kedai buku berhampiran. Btw, member aku beli kat MPH TBS. Aku pernah usha kat buku ni kat MPH Alamanda tapi takde. Adeh.

Btw, aku dalam misi mencari bagpack and aku da jatuh chenta dengan beg Deuter Aircontact 50 + 10 SL . Peace!





Tuesday, 9 December 2014

Boleh ke kecilkan saiz pori-pori?

Assalamulaikum..

Selamat tengahari warga bumi.

Tengahari ni memang terik. Haus. Aku teguk air yang aku isi dalam tumbler. Di sebalik keterikan tengahari itu, petang nanti awan sarat bawa hujan. Ceh.

BTW, rini bos takde. Bapak heaven doh!

Semalam aku tengok cermin. Cermin boleh pecah bila tengok myolls punya pores. Ewwwwww. Besar macam pinggan hah pores kauuuuu!

Gedik. Lempang kang. LOL.

Sekarang macam-macam produk kecantikan yang berlambak jutanya ada kat pasaran. Dari hitam nak jadi putih pon ada produknya, dari kulit tak flawless nak jadi flawless macam Edward Cullen pon hadooo. Senang citer,ko cakap aje nak apa, sume ada. Tujuan aku tulis entry ni bukan sebab nak review cosmetic products tapi nak bagi nasihat. Hakhakahk. Barangkali berguna untuk masa depan umat bumi. Ngeng!

Pores tu dalam bahasa mudahnya pori-pori. Even bunyi dia slightly familiar macam para para sakura tapi ternyata ia dua benda yang berbeda. Pori-pori tu sebenarnya folikel rambut yang paling halus ada kat kulit. Tapi korang tau tak apa, kenapa dan bagaimana pori-pori tu boleh membesar bak kawah kat bulan? Allow me to explain. 

Ehem.

Pori-pori boleh membesar dari segi diameter dan radius dengan jayanya disebabkan terdedah dengan pancaran sinaran mentari yang menyinari secara berlebihan. Tau tak kulit boleh rosak kalau asyik kena panas aje. Kolagen yang ada kat kulit pon boleh rosak lepastu tisu elastik yang sepatutnya support struktur kulit uolls pon bole rosak tau. 

Bukan takat tu je, tabiat suka picit blackhead ngan jerawat pon bole buat pori-pori ni bertambah besau. Siyes cakap, dulu aku suka picit jerawat, maka terbitlah pori-pori besar bapak di segenap ufuk pipi aku. Jemah menyesal tauuuuu!Uhuk.

Macam yang aku cakap tadi, aku tak nak review produk apa yang best yang bole buat muka ko glow in the dark etc. Sebab benda tu semua terpulang kat korang nak tenyeh apa kat muka. Jemah just nak share tips yang natural pastu murah, pastu sesuai untuk orang-orang yang kebanyakan macam aku. *humble*

Tips seperti berikut:

1.Bersihkan muka dengan pencuci muka yang kalau boleh berasaskan bahan-bahan semulajadi. Tak pon ikot la produk apa-apa yang sesuai dengan kulit korang. Setahu apa yang aku gugel tadi, cleanser yang berasaskan susu kambing, timun atau oat sesuai untuk buang kekotoran yang tersumbat kat dalam pori-pori.
Sumber Google
2.Pakailah skrub. Tau tak, skrub bole buang sel mati yang ada kat kulit kita tuuu. Sel mati ni la yang buat muka kusam je tapi skrub tak bole pakai hari-hari sebab nanti kulit leh jadi nipis. Dalam seminggu tu pakai la dalam 3 kali ke. Skrub ni kita bole buat sendiri tau, in case kalau skrub habis ke, skrub yang ko nak da sold out ke etc.
Gula pon bole buat skrub tau - sumber Google
3.Gunalah toner untuk deep clean pori-pori tu. Ni bukan toner ink yang ada kat printer tu ye, harap maklum. Hoho. Nak beli toner pon ada tips dia, kalau bole beli toner yang alcohol-free dan peroxide-free sebab those chemicals bole buat kulit jadi kering.
Toner - sumber Google
4.Cuba steam muka. Simple je ni. Isikan air panas kat dalam mangkuk ke etc la yang lebar diameter nya. Lepastu, jaga jarak anda dan letak muka directly dengan mangkuk tu bukan directly letak muka DALAM mangkuk ehhhh. Biarkan udara steam tu kena muka selama 15 mins. 
Teknik nak steam muka - sumber Google
5. Minum air banyak-banyak setiap hari. Ni bukan sebarangan air beb tapi air masak ye. Kulit yang cantik datangnya dari minum air banyak-banyak. Tapi jangan lak ko minum air sampai kembong. 
Minum air secukupnya - sumber Google
6.Aku penah dengar pasal guna baking soda campur air sikit bagi dia jadi paste pastu letak kat muka selama 10-15mins. Sejauh mana ke-poweran-nya, aku tak pasti. 
Baking soda
7.Bole la apply ais directly kat muka untuk quick fix. Kesejukan ais bole naturally kecilkan pori-pori uolls. Trick ni selalu orang guna time nak apply makeup atau sunblock tanpa menyumbat pori-pori.
Ais pon boleh
Diharap petua-petua ni bole bantu korang yang tengah pening-pening pasal pori-pori ni hah. Kalau macam was-was ngan petua aku ni, korang leh la cari petua lain. Isk3. Anyway, selamat mencuba ye. Peace!


p/s:aku tatau kenapa sejak dua tiga menjak ni aku suka update pasal kesihatan dan kecantikan. Barangkali aku insaf. Uhuk.