Saturday, 29 December 2012

seruan exam menjelma kembali

Assalamualaikum~

Yeah!
Berakhir la sudaaa semester 5 yang gila dan mencabar..Hahaha!

Semester depan lagi gila la kot.

Setiap penghujung semester mesti ada exam!
Dan pabila exam meninggalkan kita, akan terbit 1 perasaan yang berdebar-debar serta perasaan cuak membuak-buak dalam hati. Itu la yang dinamakan detik-detik menunggu result exam!

Choi!!!!Aku nak exam ni!huhu..
Ntah pape je aku ni.

Tuesday, 27 November 2012

pabila semuanya bertukar menjadi bencana

Assalamualaikum...

Tajuk entry aku kali ini sangat aneh-aneh dan kalau di 'English' kan tajuk tu berbunyi when it all turns disaster, maybe disaster tu cam harsh perhaps bole digantikan dengan when things turn up side down. Dan sesungguhnya entry yang kali ini berkaitan dengan something which is very RARE for me to do. Bila cakap pasal RARE things ni, mesti la ada kaitan dengan benda yang uolls  korang tak pernah buat atau kalau buat kompem dapat reaction macam ni :

Argh!!Biar betul ko ni, Jah oiiiii!!!

Hahaha.
Ok. Cukuplah gelak kat benda yang tak kelakar ni.

*******

Ok. Ceritanya berbunyi begini.

Oh. Cuaca petang itu memang panas. Matahari seolah-olah mahu melepaskan dendamnya terhadap manusia dengan memancarkan cahaya seterik dan sebahang yang bisa ia hasilkan. Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang sudah sememangnya sesak. Walaupun aku berada di dalam kereta yang berhawa dingin namun semua itu hanyalah bersifat sementara sahaja kerna ternyata cuaca kali ini memang panas. Panas. Panas. Panas. Bait-bait ini sahajalah yang sering aku tuturkan sepanjang perjalanan. "Ini baru panas dunia beb, belum lagi panas akhirat", gumamku sendirian.

Ahhhhh...nikmatnya!

Fuhhhh...penderitaanku berakhir (Alhamdulillah.) apabila aku tiba di destinasi yang kutuju. Aku telah dijemput hadir ke sebuah majlis. 
"Meriahya majlis ini", bisikku sendirian. Tiba-tiba, tet!
Satu bunyi yang sangat kukenali menyapa telingaku. Oh. Ada mesej rupanya.

"What the...", adalah satu perkataan yang sering   jarang aku gunakan apabila terima berita yang kurang enak.

"This is so bad, bhai", bisik hati kecilku. Tak mengapa, mungkin ini boleh aku jadikan sebagai satu cabaran.
Apakah cabaran itu? Mengapakah aku berprasangka begitu semasa dikejutkan dengan perkhabaran yang sebegitu rupa?

*******

Ok. Gimmick sudaaaa..
Sebenarnya aku nak kongsi satu pengalaman aku dengan adik-adikku yang terchenta + tersayang ni. Beberapa hari yang lalu, aku dan adik-adikku yang tersayang telah lakukan something yang absurd  miracle iaitu pabila kami telah berjaya membuat kek. Cam pelik je bunyinya. We baked a cake la senang story dan kek yang di baked tu adalah Le rainbow cake! Awwww...can you believe it that we've done it!! (jerit gedik sambil tepuk tangan + lompat2)

Aku tau aku pernah post entry pasal rainbow cake long time ago but this one was the first time of we-olls-handmade-rainbow-cake-ever!Duhhhh~
<okeh...over lak>

Side paling cun aku snap gambar kek ni.

Dengan berbekalkan kekuatan sekuat badang dan resepi yang di cilok dari internet , kami adik-beradik gamble je bake kek ni. Jadi tak jadi belakang kira beb. Oh M G!

Setelah berhempas pulas, bertungkus lumus, berpeluh keringat dan bermandikan tepung (aku tak mandi guna tepung ea, ni hanya bedalan bidalan je) maka, terjadilah kek rainbow tersebut.

Walaupun baru first time buat tapi rasa bangga giler seolah-olah macam dah menang Master Chef nampaknya.
 Tapi serious guwa telling uolls  korang yang benda seumpama ini patut dibanggakan. Bahahahahha.

Sepanjang tempoh pembuatan kek ni, sedikit sebanyak telah menguji kesabaran dan keimanan kami semua. Ish3. Namun kami sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya ribut petir taufan di tengahari pula melanda. Salah satu layer untuk our precious +  prestige rainbow cake telah terkorban. Ter'eksiden' sebab pewarna yang kami guna untuk bagi seri kat kek tu telah pun tertumpah kat atas layer tuh. Maka, tercetuslah suasana panic at the disco jap kat dapur tu dan boleh diibaratkan seperti berikut :


Oh M G!

Bak kata orang Jepun, chotto mate kudasai. Kami tak berputus asa woo. Kami buat balik mantera  ramuan kek tu semata-mata untuk layer yang terkorban tadi dan akhirnya lengkap sudaa kek kami. Ahaks!
Ke 'disaster' an kek tu adalah ditahap yang paling kritikal sebab tu aku tak upload gambar kek tu eksiden. Sekian.

Moral of the story kat sini ialah, walau se'disaster' mana pun yang terjadi, adik-adikku tetap sokong aku time tu. Walaupun kami sama-sama hancurkan buat kek tu, tapi kani juga sama-sama back up balik kek tu. Dorang tak marah pun even yang men'disaster' kan kek tu aku la orangnya. Muahahahahaha.
Tapi aku bertanggungjawab la jugak beb!

Anyway, aku sayang adik-adik aku. Parent aku. Semua laaaa! Luv uolls!!


Tuesday, 13 November 2012

aku




Assalamualaikum.



Hari ini cuti maksudnya hari ini tak ada kelas dan itu bermakna aku kena siapkan kerja dan tugasan-tugasan yang berjuta lambaknya. Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan pulak petang tu. Takpe sekarang kan musim tengkujuh, no hal la guwa faham. 

Hajat di hati nak siapkan kerja tapi lain pula jadinya. Lain pula jadinya seperti yang tertera dalam rajah di atas.

Tapi yang penting niat tu da ada.Teheee~

Sunday, 11 November 2012

Inspirasi dan semangat.


Assalamualaikum.
Bila dah final year ni, macam-macam kerja dan assignment datang berkunjung. Setiap final year student kena buat final year project(FYP) dan aku memang tergolong dalam golongan yang membuat FYP ni. Saban hari aku memikirkan tentang ke manakah arah tuju hidup aku lepas habis belajar nanti. Sounds ridiculous giler bila final year student kata mana hala tuju dia lepas ni dan bagi aku ini memang ridiculous. Kawan-kawan aku yang lain semua dah kerja. Ada yang dah jadi nurse, ada yang dah jadi cikgu and yet I’m still like this, maybe I was just thinking too much I guess. Walau pun kedengaran agak down giler tapi sejak awal semester 5 ni I kept thinking about can I survive on this? Terus terang aku katakan tak pernah terlintas kat otak aku pasal nak ambil course yang melibatkan science computer dan sejujurnya aku katakan , “ I’m a very terrible programmer ever”. Ugh! Sounds soooooo down..aku bukan nak merungut tapi sounds like it is merungut…just forget it laa..


Okay…sebenarnya aku stress je wat kerja dan saja bikin gempak..Bahahhaha..
Hell yeah!    -___-

Pastu jadi macam ni.



Semangat laaa weh!!!!

Anyway, I used to not really love le programming but I have the eagerness to keep learning it but somehow it does fear  le me…isk2..

Oh satu lagi..Twillight the Breaking Dawn part II dah keluar pawagam..jum pergi tengok le handsome Edward Cullen!!!

Dikatakan kehenseman beliau datangnya daripada make up.Hee~

Anyway, Vampire Diaries is the best!
Okay...tajuk entry kali ini berbeda sekali dengan kandungan entry nih. Heee~ Bye!

Friday, 19 October 2012

Kerja gila.


 Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaa!!

Topik hari ini aku nak bercerita pasal kerja gila yang paling gila pernah aku buat (just nasib baik tak gila je) Bahahahaha~

Ok.

Berdasarkan tajuk yang bakal dikupaskan pada hari ini, kalau diikutkan memang banyak nak dikupaskan tapi memikirkan kekangan masa makanya kita pendekkan aje la cerita ini.
Sebab kejap lagi aku ada kelas kot.Yay!   (-__-)

Aku pasti dan memang pasti yang semua orang kat dunia ini pernah buat kerja gila tak kiralah  walau seskema atau sebaik  mana pun seseorang itu,kompem dia pernah buat kerja gila punya la.Guwa jamin. Tapi kalau ada yang tak pernah langsung buat kerja gila ini, aku tabik panglima kat korang la.

Kerja gila yang dimaksudkan kat sini ialah segala perbuatan yang dianggap boleh mendatangkan risiko kepada si perilaku. Kerja gila yang aku katakan ini bukan kerja gila yang menjerumus ke arah dosa dan kemaksiatan tau.Itu betul-betul gila weh! Ini kerja gila yang boleh diterima akal lagi. Paham tak? Tak paham tak pe,study elok-elok sebab apa yang aku tulis ini tak masuk exam pon. Jangan risau.

Tehehehehee~

***********************

Teringat masa zaman sekoah rendah dulu. Masa itu aku darjah 5 kalau tak silap la. Kalau masa sekolah rendah dulu ada sesi pagi dengan petang dan aku sekolah untuk dua-dua sesi itu. Pergh! Penat kot.

Masa itu basikal aku rosak dan mak aku hantar aku pergi sekolah. The best part is adalah menjadi satu kebiasaan bagi mana-mana budak sekolah untuk membeli makanan ringan atau dalam bahasa Jawa digelar jajan. Lokasi penjualan jajan ini biasanya dijalankan kat rumah. Oleh kerana aku duduk kampung, maka port nak beli  jajan senang nak jumpa. Aku pun terjebak juga dalam isu pembelian jajan ini. Siap buat stok lagi pastu jual kat kawan. Kecik-kecik lagi dah otak bisnes. Bahahaha…Ok stop bangga!
Pada suatu petang yang terik, aku datang sekolah awal. Tak pernah-pernah aku datang awal tiba-tiba aku datang awal. Baik tak aku? Bahahahaha!

Disebabkan datang awal, tiba-tiba bergolek la idea bernas dari otak kecilku ini. Muahahahaha!
Hatiku berkata,”Aku nak beli jajan la kat rumah Bibik A”, (dalam kalangan orang Jawa, gelaran bibik merujuk kepada mak cik tapi kebanyakan orang apply the word bibik kat pembantu rumah je..choi!)
Tapi bila difikirkan balik, basikal aku rosak kot. Takpe, masa itu aku nekad gila nak juga beli jajan pastu aku pun pergilah kat tempat parking basikal belakang blok akademik. Aku bermonolog dalaman,”Alaaa…aku pinjam kejap la basikal dorang nih,nanti aku letak balik kat sini”. Tapi yang sengalnya aku ni, aku siap pilih basikal yang power lagi. Dari jauh aku nampak basikal BMX dan of course la tu basikal budak lelaki punya tapi aku kisah apa, rembat aje sebab masa tu aku nak sangat merasa naik BMX. Zaman aku dulu BMX agak top dikalangan we all. So, agak jakun dan batak la aku masa tu. Bhahaha..

Lepas rembat basikal tu, aku kayuh laju-laju nak pergi borong jajan. Setibanya kat kedai tu, aku terserempak kawan aku, dia puji, “Weh, shantek basikal ko”. Aku jawab,”See the leg la bhai”,sambil kembang di hati walaupun tu bukan basikal aku. Heh!

Pastu,keesokan harinya kecoh pasal ada basikal beralih tempat means masa datang sekolah parking tempat lain , bila nak balek sekolah basikal tu dah ada kat tempat lain. Haha!

Antara kerja gila pernah  di buat :

·         Cubaan untuk ‘fly’ dari asrama (masa ini aku Form 4).
·         Panjat pagar masjid bersama member-member terchenta.
·         Hampir kena saman sebab bawa kereta tanpa ditemani lessen.
·         Rembat kereta bapak member untuk pergi shopping raya pastu rosak dan tersadai kat jalan.
·         Prank member di khlayak orang ramai. (The best part ever!)
·         Panjat pagar asrama sebab pagar dah tutup. (Time tu study week ok)
·        Cakap kat cikgu, “May I go to the toilet please?”,tapi sebenarnya aku melencong pergi kafe sebab lapar dan aku tak boleh fikir kalau perut kosong.



Kalau diikutkan, benda nih semua tak lah gila mana pun kan? Saja bikin gempak aje.Hehe!
Dan semua nih aku tulis bukanlah niat untuk tunjuk yang aku nih jahat or apa-apa tapi just nak share pengalaman hidup je dan kalau boleh janganlah jadi macam aku...hehehe.
Ok..setakat ini aje. Aku nak solat and off to class. Till we meet again!


Friday, 5 October 2012

Aku dan basikal

Assalamualaikum dan selamat tengah malam.Hweee~

Malam ini aku berkeinginan untuk menaip blog. Entah kenapa, malam ni tak seperti malam-malam sebelum ini. Malam ini udaranya berbeza. Bintang mahupun bulan seperti tidak mahu  memunculkan diri. Masing-masing menenggelamkan diri disebalik langit yang hitam pekat gelapnya yang ditemani awan malam yang tebal. Aku lihat kiri, aku lihat kanan. Teman-teman sebilikku sudah tenggelam dalam tidur yang diulit dengan mimpi-mimpi indah. Ku jenguk ke luar jendela, tiada apa-apa yang menarik di luar sana. Sepi. Sunyi.

Ok.Aku sebenarnya tak boleh tidur sebab terminum nescafe punye white cofee. Niat aku malam ni nak study (konon-kononnya) tu yang aku pekena white cofee. Tapi semua tu hanyalah harapan pabila niat nak study terbantut gara-gara dek kelajuan internet yang menggodaku untuk online. Heheh.


*******************************

Sedang aku termenung malam-malam buta ni,tiba-tiba aku teringat kat satu kisah hidup aku ni. Ceh!
            Masa tu aku darjah 3. Sebagai seorang kanak-kanak riang yang berusia 9 tahun ketika itu, aku memasang angan-angan nak ada basikal sendiri. Tapi apabila memikirkan keluarga aku bukanlah orang senang yang boleh bagi je apa aku nak,aku terpaksa lupakan angan-angan tu. Maka, dipendekkan cerita, disebabkan aku nak juga basikal tu, aku pun cakap kat mak aku.

Gambaran basikal idaman.
"Mak,orang nak basikal boleh tak?Kawan-kawan orang semua ada basikal.Orang nak juga."
Mak aku pandang aku dengan pandangan matanya yang menusuk kalbu. "Kalau nak juga basikal, kau belajar pandai-pandai, dapat nombor 1 dalam kelas, nanti mak suruh abah beli basikal tu",kata mak kat aku.
Aku tersenyum lebar dengar kata-kata mak aku sambil berkata"Ok mak!".


             Mulai hari tu, aku study la bagai nak rak. Kalau anda semua tengok cara aku study, tentunya anda seakan tidak percaya sebab aku study macam nak SPM sedangkan baru darjah 3.Huhu.
                  Disebabkan perasaan aku membuak-buak nak basikal tu, aku study siang malam. Dalam otak aku masa tu aku hanya fikir pasal basikal tu. "Aku nak basikal merah",sebelum study aku selalu cakap benda ni untuk  membakar semangatku gitu. Chewaaaahhh!

                 Akhirnya, peperiksaan yang dinanti-nantikan telah tiba. Aku target memang nak dapat nombor 1. Walaupun kedengaran agak 'over confident' tapi masa tu aku dah tak fikir apa dah. Yang penting basikal tu aku kena dapatkan juga. No matter what!

******************************************
                      Keputusan peperiksaan dah keluar. Berdebar-debar sampai ketiak berpeluh aku cakap kat anda semua. Serius cuak gila!

Jeng..jeng...jeng...

Aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan tu dan seperti yang dijanjikan aku dapat basikal yang aku nak tu. Masa tu Allah je tau betapa gembira sangat aku dapat basikal tu. Hoho.
                
Basikal tu aku jaga dengan baik sangat. Setiap minggu aku basuh basikal tu walaupun hakikatnya basikal tu tak kotor pun. Abah aku kata,"Abah yang ada kereta ni pun tak de lak basuh kereta tetiap minggu, ko je semangat basuh basikal tu tetiap minggu". Haha. Kalau boleh dibawa tidur, dah lama aku buang bantal busuk aku, ganti  dengan basikal tu. Tapi tu dah macam obses yang teramat la pula.

                          Tapi bila aku dah meningkat usia (tinggi tak meningkat pulak,berat badan lak yang meningkat dengan jayanya) aku terfikir, masa aku belajar bagai nak rak semata-mata nakkan basikal tu, niat aku hanyalah kerana basikal tu. Sepatutnya niat aku, aku belajar kerana Allah dan dengan niat nak tambah ilmu didada disamping aku belajar sebab nak tingkatkan taraf hidup keluarga aku. Oleh yang demikian, aku selalu ingatkan diri aku, apa-apa yang aku kerjakan atau lakukan, yang penting bukanlah semata-mata kerana ingin mengejar dunia sahaja tetapi mengejar akhirat juga. Apabila aku buat sesuatu pekerjaan atau tugasan,aku  bukanlah mengharapkan balasan daripada sesiapa pun. Yang penting ikhlas. 

Sekian.


le cat allergic part II

Assalamualaikum dan selamat malam sebab kat sini(Malaysia) dah malam..hahaha

Ok.Habis.



Ehem. Kita sambung balik pasal le cat allergic yang tergendala setelah sekian lamanya.

Sebelum itu, mari kita hayati petikan ayat dari sebuah artikel yang aku jumpa ni.

"But contrary to what you might think, it's not the fur or hair that's the real problem. People with cat allergies are really allergic to proteins in the cat's saliva, urine, and dander (dried flakes of skin)."

Masa aku mula-mula tau pasal ni,perasaan aku adalah seperti berikut :



"What????"



"yeah baby"


Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh artikel yang aku jumpa tu, dia kata manusia ni sebenarnya alergi dengan protein yang ada pada kucing contohnya seperti air liur dan sebagainya. Yang paling penting kat sini ialah simptom-simptom alergi kat kucing. Antaranya :

  • batuk-batuk dan rasa semput-semput gitu.
  • rasa semacam sesak-sesak nafas tapi masih bole bernafas cuma nafas cam pendek.
  • mata jadi merah-merah bak buah saga dan rasa gatal.
  • gigitan atau terkena air liur kucing secara sengaja atau tak pada kulit bertukar menjadi merah-merah semacam ruam
  • hidung rasa gatal-gatal dan rasa cam nak cabut hidung je.
  • bersin-bersin
Berikut merupakan simptom berdasarkan maklumat yg diterima.Hehehe...

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk http://www.webmd.com/allergies/cat-allergies. Web page ni banyak info yang berguna tau. Aku ingat nak bagitau semua benda pasal 'le cat allergics' ni tapi rasanya baik anda semua tengok page tersebut.Hehehe.

Sekian.




Thursday, 2 August 2012

le cat allergies (Part 1)

Assalamualaikum . . .

Aku nak cakap something ni , aku sekarang ni tengah kerja. Hehehehe. Al maklumlah nak cari duit lebih untuk duit belanja semester depan. Aku ni jenis yang pokai sebelum masanya, maksudnya pokai a.k.a dompet rabak before final semester dan ianya sudah jadi sindrom dalam hidup aku. Maka yang demikian, aku mengambil inisiatif untuk mengelakkan pisang berbuah lebih daripada dua kali nih berlaku lagi di masa hadapan. Maka aku pun mengambil keputusan untuk bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran. Walaupun gajinya tak mencecah ribuan RM tapi bole la nak wat duit tambahan untuk di kemudian hari.

Okey, sebenarnya aku nak cerita pasal cat allergies atau pun alahan terhadap kucing.
Pernahkah anda mengalaminya?

Tapi sebelum kita berbicara ngan lebih lanjut lagi, marilah kita berkenalan ngan para kucing sekalian.




anda allergic tak?

Aku pulak realized yang aku ada alahan kucing nih masa aku darjah 4. Huhu . . . 

Tapi aku cam sengal2 jugak laa sebab da tau ada allergic , bila je jumpa kucing aku jadi semacam jakun tengok kucing lalu aku pun bermain2 la dengan kucing itu sebab mereka COMEL okeyyyyss~

Ahaks~

Saksikan la kecomelan mereka~

Yo!wassup?

Tapi bila aku nampak kucing , maka inilah yang terjadi . . . 




Tapi sebaliknya ini yang terjadi . . .



Kucing nih kata, "Awak...awak tak sudi nak main ngan kita ke?isk2".

Hahaha . . .

Apa2 pun nih hanyalah imaginasi aku so please don't take it seriously, ecececehhh!










Thursday, 12 July 2012

perihal moto pancit & kami cuak

pinjam moto member  beb.


Assalamualaikum.
Semalam yang bertarikh sekian sekian sekian dan buat sekian kalinya yang mana ia merupakan perkara yang terjadi buat kali pertama dalam idop ku ialah moto  pancit.bahahahaha. sekali dengar mmg kelakar dan entah apa2 je tapi bg aku smlm sgt la entah apa2. < x paham ayat aku ke , xpe , ce paham kan balek >

Semalam aku pinjam  moto  member dan seperti yang tertera di gambar rajah kt atas ni, moto tu hanyalah imaginasi seorang budak yang berangan2 nak moto kawasaki ninja sedangkan ketinggian budak itu membataskan budak itu utk memiliki apatah lg menaiki moto nih dan budak itu adalah aku. isk3.

Ok, ceritanya bermula begini, aku ngan sorang member nih nk g amek baju yang da siap alter. Kitorang hantar kat tailor somewhere kat shah alam nih laaa, then sedang syok2 bawak moto, aku tak sedar lak moto tuh da tak de angin tapi at the same time aku rase goyang2 kt tayar depan tuh. Mula2 aku rase semacam tapi aku wat2 cool +  tatau je. Masa tu aku terpikir yang handle moto ni da 'mati' dan aku rase cuak la sbb dulu aku pernah je accident moto mase form 2 disebabkan handle moto 'mati'. Dekat 2 minggu jgk la aku tersadai kat katil. Da la time tuh orang ngah sibuk2 g raya pastu leh pulak aku accident time raya. Ish3. Tapi takpe, tu masa zaman2 'gelap' by the way, time tuh aku seumpama jakun + excited dpt bwk moto. So, korang jgn la jadi cm aku. eh, tapi skang aku baik ea.  Haha!

Huhu. 
Berbalik pada cerita asal ye, sokmo sgt tersasar drpd apa yang nk disampaikan. okey, pastu aku panggil member lain utk teman aku dan member yang ikot aku ni g pam moto kt stesen minyak, then bila da sampai kitorg pon pam la moto tapi angin kuar dari tayar tu maka terbukti la yang moto tuh pancit. Aku gerak kat depan then member follow belakang, cuak tak cuak jgk la aku bawak moto tu sbb da la tayar xde angin pastu sume org pandang pelik. Nasib baik malam, so kurang tebal sket la muka nih. hoho.


Gambar sekadar hiasan semata-mata


Setelah selamat tiba di kedai moto, para foremen pon wat la apa2 yang patot kat moto tuh tapi the  most cuak thing was that kitorg baru realized yang kitorg ada RM20 je beb! Bahahahaha, disebabkan x penah rasa pengalaman tayar moto pancit, kitorg rase RM20 nih cm tak cukup. HUHU. Pastu bila da siap tauke tu kata, " Amoi, i bagi you RM12 la ". Pergh! Duit cukup bai. Hehehehe. Pastu leh pulak si tauke ni recommend kat aku suh servis engine sekali, tapi aku hanya mampu tersenyum sambil berkata, " Takpe la tauke, ni moto member la, t saya recommend kat dia la suh servis moto kat kdai lu". Nak aku servis sekali time tuh, mmg seminggu dok hostel nih aku kebulur laaaaaa kannnnn.
 Huhu. Poket pon da rabak kot. Sekian, wassalam.

Can you see the emptiness of it!



Tuesday, 10 July 2012

Perihal kek pelangi yang yummylicious!

kek yang comel lagi kiut ni member aku yang wat  

kek yang ni pon beliau buat & aku tempah yang ni.ahaks


kek yang cousin aku wat,tengok la kepelangian kek nih!

Ehem.

Assalamualaikum. sejak abes exam nih rajin la mak jemah berblog nih, kalu x, sebulan sekali tak pon agak2 rase cm da berabad tak buka blog maka baru laa buka. hehehe. ok, back to the point.

Berdasarkan 3 gambar rajah di atas, huraikan pendapat anda.          (20 markah)

hahaha. okay, badi exam still ada lagi.

okay. 3 gambar kek  ni merupakan kek pelangi atau dlm bahasa omputih nye, rainbow cake. Kek-kek ni merupakan hasil air tangan member n cousin, disebabkan kepakaran bliau (member) wat kek, aku pon tempah laaa. Hajat di hati nk bg adik coz nk smbut besday beliau yang sangat belated tuh,hahaha.

Bercakap tentang kepakaran para pembuat kek nih, sepanjang umur aku, 1 kek ni je yang aku tau buat tuu pon cilok resepi dari internet sudaaa. Malu la nk habaq..hehehe.

Tadaaaaaaaa!



le polka dots cupcake after being photoshoped!


oh..last paper

Exam da abes wehhhh!!!bahahahahaha....

cam ni la rase nye bila exam da abes..ahaks...

ehem. . . assalamualaikum . . hahahahah . . .  nak tau x?aku da abes exam wehhh.hahaha..
at the same time,aku bermonolog dalaman.

Jiwa 1  :    bajet giler minah nih, padahal next sem exam pon ad lg kot 

Diri sendiri   : ehem. . . salah ke aku nak bergumbira meraikan kejayaan abes exam nih..hoho?

Jiwa 1     :       ye la, tapi xyah nak merdeka sgt la  kan..  <ckp ngan style gedixxxx>

Diri sendiri    : eh, suka ati i laaaa, it's my ati not ur your atii okayyyy...

Jiwa 1          : . . . . . 

okay, apa2 hal pon,exam da abes okayyyyysss . . . 

my olls nak g cuti2 malaysia~    daaaaaaa~

Saturday, 23 June 2012

yeahhhh!!!esok exam!

Semua orang mesti mahukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan.


Assalamualaikum...ehem3..setelah sekian lama aku tidak menaip,berceloteh,membebel dan sebagainya kini tiba masanya aku berbuat demikian..heheh... Oh..minggu lepas adalah minggu paling sibuk dan paling tidak terurus bagi aku<ke aku je yang  rasa begitu?>. Dengan lambakan mini projek  dan submit date yang sangat mencemburui aku <ececeh> dan geng..maka terjadilah sesi burung hantu secara beramai-ramai atau lebih dikenali lagi dengan nama saintifiknya stay up<stay up yang dimaksudkan di sini ialah tak tidur langsung>. Aku ni sindrom sikit, sebab kalau aku tak tidur atau tak cukup tidur yang berkualiti maka esok paginya zombie la aku. Geng aku panggil sindrom ni zombinism...kot...berdasarkan apa yang aku selalu dengar laaa..hahaha.

Exam dah nak dekat. Mesti kat luar sana semua orang tengah huru-hara atau berperang dengan emosi mental dan fizikal..<maaf kalau bahasa aku ni entah apa-apa saja, maklumlah,tengah stress nak exam..tapi boleh pula nak tulis blog siap ber'muka buku' bagai..hahaha> oh itu lumrah hidup seorang manusia yang bergelar pelajar. Ahaks.

Huh..nak taip panjang-panjang tapi tak ada idea. Maka aku hanya taip apa yang terlintas kat otak ni sebelum ia beku..hahahaha..ok beb,kau dah melalut ni..sedarlah cepat... 
 (-____-")

ehem..kembali pada apa yang cuba disampaikan..ok..sebenarnya aku pun tak tahu nak taip apa lagi..hahaha..sampai di sini saja la penulisan ku..akanku sambung lepas habis final nanti..adios amigo!



Tuesday, 1 May 2012

Atuk, cepat la sembuh.


29 April 2012 hari Ahad.  Hari itu adalah hari terakhir cuti pertengahan semester aku dan petang itu aku kena pulang ke universiti.  Sebelum hari itu, pak su aku sampaikan suatu berita pada mak aku. Mak aku kata, “ atuk  demam.  Atuk ada kat wad sekarang ini ”. Lepas mak aku kata macam itu, aku terus terbayangkan keadaan atuk kat hospital. Masa itu, aku rasa biasa je tapi sejak balik U ni aku selalu terbayang-bayangkan atuk. Kadang-kadang aku terfikir, atuk da makan ke belum? Bila atuk nak balik rumah?Bila atuk nak sembuh?

     Rumah atuk dekat dengan rumah aku. Sebab tu kot aku antara cucu yang  rapat dengan atuk. Hehe.  Banyak kenangan aku dengan atuk.  Dulu masa kecik-kecik, aku dengan adik-adik aku pergi mengaji kat rumah atuk. Lepas maghrib je kitorang cepat-cepat buka al-quran. Sebab atuk aku tak suka kitorang duduk saje-saje, chit chat dengan anak jiran sebelah rumah atau gelak sakan beramai-ramai. Adalah menjadi satu kepantangan bagi atuk kalau kitorang buat perangai yang disebutkan tadi sebelum mula mengaji. Atuk seorang yang tegas, kalau salah bacaan, tajwid tunggang terbalik, memang mendapat laa jawabnya. Tapi kitorang anak kampong, jiwa kental, kena rotan pun masih ok lagi walaupun rasa cam nak meraung  je time tu..hahaha..
mari mengaji =)

Dulu masa aku sekolah rendah, sebelum berbasikal ke sekolah yang jauh berkilometer tu, atuk mesti panggil aku dulu pastu bagi duit belanja. Sebagai seorang kanak-kanak riang time tu, aku terima dengan senyuman melebar..hahaha..
sekolah aku jauh berkilometer.. (-_-)

Pernah sekali atuk aku datang ambil aku balik dari sekolah. Yang ni kelakar sikit, masa tu aku darjah 2, aku tunggu abah aku datang ambil aku tapi aku tunggu tak sampai-sampai. Time tu aku rasa cam nak nangis da. Air mata da bertakung  tinggal tunggu emapangan pecah je.hehehe.. empangan aku tak kukuh lalu air mata pon mengalir deras tanpa henti. Masa tu sepupu aku ada sekali dengan aku, dia kata, “weh,ko nangis ea?”.  Tapi aku kata, “Mana ada..”. Pada hal time tu air mata da melimpah-limpah pon  tak nak mengaku.  Tiba-tiba aku nampak atuk aku nun jauh di sana, atuk bawak Honda Ex5.

 Aku pun apa lagi, aku ambil beg terus kejar atuk aku. Atuk aku kata, “Mak dengan abah pergi ambil kereta sebab tu atuk ambil ko”. Atuk pon senyum. Aku masam muka sebab abah tak cakap pon nak ambil kereta yang baru beli tuh, kalau tak mesti aku boleh ikut abah.

Kalau nak cerita, banyak la kenangan aku ngan atuk. Tapi sekarang atuk sakit. Time tulis entry ni pon aku rasa sebak sebab aku teringat-ingat atuk kat hospital. Masa aku tengok atuk kat hospital, atuk lemah sangat. Atuk kurus, badan pon da susut. Atuk cepat la sembuh. Serius cakap, aku nangis masa tulis entry nih. Sejak dua menjak ni aku selalu nangis. Lagi-lagi kalau malam-malam masa nak tido. Aku takut kalau aku tak sempat jumpa atuk. Aku takut.






Sunday, 15 April 2012

explorace+ujan

yay!!hari ni main explorace..adakah anda tahu apa itu explorace?ya,saya di sini akan menerangkan apa itu explorace..explorace tu yg kena cari2 checkpoint bagai nk rak tu..pagi2 lg aku da merempit ngan member aku sbb tak nak naik bas...(t balek lmbt sbb nk tggu bas penuh) =p
walopon bnyk onak duri b4 program start means time meeting and so on, tapi aku rase,"perghhhh!bapak lega glerrr bnda ni da setel". Walopon ada je suara2 yg menyumbangkan lg situasi tp takpe coz tu la challenge..idop x challenge x meriah la beb...hahahaha..pada hal kadang tu kalu terlebih challenge,aku jgk yg rase cm nk nangis..hahaha..
ble da penat lari+sesat+nangis...time to eat!!!

Monday, 2 April 2012

aku stress ke??

hari ni hari yg agak seteress stressss gler bg aku...keje pon berlambak..makin hari makin bertimbun...ble aku fikir2 blek,renung2 blek...ada hikmah nye nape jadi gini..kdg2 tu nangis jugak..hehehe..normal maaa...tapi takpe..aku anggap ni sume sbg cabaran plus be positive je...

tapi xde la aku rase serabut smpai tahap ni pon..
huhu..aku x separah ni maaaa..hikhik


once in a while,aku rase nk balek umah...da lama x balek umah..harap je umah dekat tapi lagaknya seperti jauh je..huhu..bg  aku, walau ke  mana, walu di mana pon kita berada..tiada tempat yang lagi best selain dari umah kita...means umah parent okehh..bak kata pepatah, rumah-manis-rumah...ahaks...

Monday, 26 March 2012

hari ni dah 2 hari aku demam..huhuhu..sakit tekak?memang perit la tekak sekarang nih..hingus lak melimpah-limpah keluar dari hidung ni hah..tapi,seriously i want this to be over...huhu..dear Allah,give me strength to face this... =)
hari hi hujan...dan aku pon demam skang ni..
da telan ubat tp selsema lak dtg berkunjung.huhu