Tuesday, 1 May 2012

Atuk, cepat la sembuh.


29 April 2012 hari Ahad.  Hari itu adalah hari terakhir cuti pertengahan semester aku dan petang itu aku kena pulang ke universiti.  Sebelum hari itu, pak su aku sampaikan suatu berita pada mak aku. Mak aku kata, “ atuk  demam.  Atuk ada kat wad sekarang ini ”. Lepas mak aku kata macam itu, aku terus terbayangkan keadaan atuk kat hospital. Masa itu, aku rasa biasa je tapi sejak balik U ni aku selalu terbayang-bayangkan atuk. Kadang-kadang aku terfikir, atuk da makan ke belum? Bila atuk nak balik rumah?Bila atuk nak sembuh?

     Rumah atuk dekat dengan rumah aku. Sebab tu kot aku antara cucu yang  rapat dengan atuk. Hehe.  Banyak kenangan aku dengan atuk.  Dulu masa kecik-kecik, aku dengan adik-adik aku pergi mengaji kat rumah atuk. Lepas maghrib je kitorang cepat-cepat buka al-quran. Sebab atuk aku tak suka kitorang duduk saje-saje, chit chat dengan anak jiran sebelah rumah atau gelak sakan beramai-ramai. Adalah menjadi satu kepantangan bagi atuk kalau kitorang buat perangai yang disebutkan tadi sebelum mula mengaji. Atuk seorang yang tegas, kalau salah bacaan, tajwid tunggang terbalik, memang mendapat laa jawabnya. Tapi kitorang anak kampong, jiwa kental, kena rotan pun masih ok lagi walaupun rasa cam nak meraung  je time tu..hahaha..
mari mengaji =)

Dulu masa aku sekolah rendah, sebelum berbasikal ke sekolah yang jauh berkilometer tu, atuk mesti panggil aku dulu pastu bagi duit belanja. Sebagai seorang kanak-kanak riang time tu, aku terima dengan senyuman melebar..hahaha..
sekolah aku jauh berkilometer.. (-_-)

Pernah sekali atuk aku datang ambil aku balik dari sekolah. Yang ni kelakar sikit, masa tu aku darjah 2, aku tunggu abah aku datang ambil aku tapi aku tunggu tak sampai-sampai. Time tu aku rasa cam nak nangis da. Air mata da bertakung  tinggal tunggu emapangan pecah je.hehehe.. empangan aku tak kukuh lalu air mata pon mengalir deras tanpa henti. Masa tu sepupu aku ada sekali dengan aku, dia kata, “weh,ko nangis ea?”.  Tapi aku kata, “Mana ada..”. Pada hal time tu air mata da melimpah-limpah pon  tak nak mengaku.  Tiba-tiba aku nampak atuk aku nun jauh di sana, atuk bawak Honda Ex5.

 Aku pun apa lagi, aku ambil beg terus kejar atuk aku. Atuk aku kata, “Mak dengan abah pergi ambil kereta sebab tu atuk ambil ko”. Atuk pon senyum. Aku masam muka sebab abah tak cakap pon nak ambil kereta yang baru beli tuh, kalau tak mesti aku boleh ikut abah.

Kalau nak cerita, banyak la kenangan aku ngan atuk. Tapi sekarang atuk sakit. Time tulis entry ni pon aku rasa sebak sebab aku teringat-ingat atuk kat hospital. Masa aku tengok atuk kat hospital, atuk lemah sangat. Atuk kurus, badan pon da susut. Atuk cepat la sembuh. Serius cakap, aku nangis masa tulis entry nih. Sejak dua menjak ni aku selalu nangis. Lagi-lagi kalau malam-malam masa nak tido. Aku takut kalau aku tak sempat jumpa atuk. Aku takut.






No comments: