Assalamualaikum~
"If you don't like something, change it. If you can't change it, change your attitude." -Maya Angelou
Ya! Hari ini tiba-tiba tergerak dan terpikiaq nak update blog pasal tajuk ni. TUKAR KERJA. Maybe sebab lately aku asyik terpikiaq nak tukar kerja kah? Jeng jeng jenggggggg! Wahai hati, tolonglah sync dengan otak~
Aku tau, dalam banyak-banyak orang, mesti pernah la walaupun sekali seumur hidup terdetik nak tukar kerja. Banyak sebab yang boleh mendorong kepada kes ini. Salah satu sebab utama, kau tak happy kerja kat situ, kau perlukan something new, something yang bukan repetitive. LOL. Tak pun sebab gaji kannnnnn.
Tapi tak ramai orang boleh buat keputusan drastik macam ni. Banyak benda nak kena pikiaq weh. Even aku sendiri pun kadang tu poyo je lebih buka Job Portal, acah-acah nak blah dari sini tapiiii..... Uhuk3. Apa yang aku dapat simpulkan berdasarkan pemerhatian aku, antara sebab takut nak berhenti kerja ialah:
1. Kau perlukan duit/banyak komitmen.
Secara purata, kebanyakan anak muda sekarang, lepas habis belajar, mestilah kena kerja kan. Lepas tu, kumpul duit sikit then beli kereta. Pastu terbuat-buat lupa pula nak bayar study loan. Ngeng. Ramai juga yang bagi pendapat, better kumpul duit beli aset macam rumah, etc bla bla bla. Tapi kalau skop kerja kau perlukan kau untuk WAJIB ada kenderaan lagi-lagi skop kerja yang "TRAVELLING IS A MUST", kau takda pilihan lain. Lain orang lain situasi. Tak bolehlah kau nak samakan situasi kau dengan orang lain. So dalam hal ini, duit tu memang penting untuk bayar macam-macam benda. Tapi kawal kehendak supaya tak lebih daripada keperluan.
2. Kau ada keluarga nak sara.
Untuk sebab yang ni memang sangat sangat sangat penting. Maybe kau perlukan berjuta kali thoughts untuk tukar kerja. Unless kau dah ada kerja lain dalam tangan so takda masalah untuk kau berhenti kerja. Bagi yang belum ada backup kerja, sebelum berhenti, fikirlah betul-betul sebab kau ada tanggungan untuk disara.
3. Mak ayah tak bagi kau berhenti.
"Hah! dulu dah ada kerja elok-elok kenapa berhenti/tukar kerja?". Yeah, maybe ni dialog yang akan biasa kau dengar kalau berhenti secara drastik tanpa restu mak ayah. Huhuhu. This one aku rasa korang kena give a deep thought la. Maybe korang boleh slow talk dengan mak ayah korang dan explain in details kenapa kau nak sangat sangat sangat berhenti. Tak pun kau convince parents kau yang kau nak buat some change in your career prospect.
4. Kau takut tak ada backup kerja atau susah nak dapat kerja.
Yeah, this one aku pernah rasa. Memang sakit weh kau duduk kat rumah berbulan-bulan tanpa ada kerja. Sebelum berhenti, sambil-sambil tu kau cari kerja siap-siap. Lepas tu dengan ekonomi yang tak berapa nak stabil, dengan ramalan-ramalan daripada artikel yang mengatakan 2016 lah tahun paling susah giler nak mamp nak dapat kerja, bla bla bla. Tapi guys rezeki Allah ada kat mana-mana. Kau cuma perlu usaha, tawakal dan doa. Gituhhh.
5. Kau serba salah nak tukar kerja.
Kalau part serba salah ni susah sikit la. Pada pandangan akulah, jangan libatkan dan ikutkan perasaan bila kau tengah buat keputusan. Benda-benda macam ni boleh efek setiap keputusan yang kau buat dan kau akan rasa serba salah, berbelah bagi, terumbang-ambing, etc.
6. Kau perlukan health or medical benefits.
Hmmmmm...aku rasa baik kau beli medical card or life insurance la. Lagi secure sebab dah terang-terang kau akan di'cover' dengan plan yang kau ambil. Hah, ni pun penting tauuu.
7. Kau takde mentor.
Atau pun kau takda proper team. Uhuk3. You are all alone, bebeh. Sikit-sikit semua benda assign dekat kau sampaikan kau rasa kalau kau takda kat company tu, memang habis meletup la company tu. Memang dalam realiti kehidupan kau kena depends kat diri kau sendiri tapi akan ada masa-masa tertentu, kau sangat perlukan partner to go through all the misery. As in partner yang sama jawatan dengan kau sebab lagi best cakap dengan orang yang tau dan paham kerja kau. Kerna most of the time bila cakap dengan orang yang tak paham dengan kerja kau, they are actually don't give a damn about it. K.
8. Tak belajar benda baru sangat.
A.k.a tak berkembang. Kau rasa kau buat benda yang sama setiap hari, setiap bulan, setiap tahun, setiap abad, etc. Repetitive. Kalau ada pembaharuan pun maybe tak banyak. Sampaikan kau rasa, "What the hell?!". Maka, it is good to make next move.
9. Skop kerja menyimpang dari requirement.
Masa awal-awal interview dulu, kau dijanjikan kerja itu kerja ini tapi sejak dah mula bekerja memang semuanya janji tinggal janji. Oh! Tak pun kau banyak sangat kena multitasking sampaikan kau rasa, "Ni bukan kerja aku seyyyyy."
"Realizing you chose the wrong career for the wrong reason."
Kalau kau betul-betul nak tukar kerja dan dah bertekad nak cari kerja lain, ada LIMA benda yang kena dipertimbangkan.
1. Sebenarnya lagi senang dan cerah peluang untuk kau diambil bekerja semasa kau masih lagi bekerja. Paham tak ayat berbelit aku ni? Hahaha. Majikan baru suka dengan fakta yang kau masih lagi bekerja sebab kat situ je dah boleh menyatakan yang company itu begitu menghargai kau untuk terus bekerja kat situ (current employer). Yela weh, dah notis berhenti je sampai 2-3 bulan, memang nak tak nak kena stay la kannnn. Fakta la sangat. Hahahahahaha. Anyway, situasi ni juga menyebabkan bakal majikan kau rasa dorang dah menang competition dalam merebut seorang pekerja yang bagus. Gituhhhhh. Maka, silalah cari kerja dulu sebelum tukar kerja.
2. Buat satu senarai yang mempengaruhi perasaan atau keserabutan kau dalam pekerjaan kau yang sekarang ni. Boleh jadi duties yang kau perform, rakan sekerja, industri yang kau terjebak sekarang, etc. Fikirkan apa yang kau tak suka dan cari apa yang company lain boleh offer kat kau yang company kau tak boleh nak offer. Ceh. Ayat macam ayat nak tikam belakang. LOL.
3. Buat senarai nama-nama orang yang boleh bagi kau pekerjaan baru. Walaupun berbaur "pakai cable" tapi this is all about networking. Tips dari aku, kau boleh follow HR dari mana-mana company kat LinkedIn. Networking la kau kat situ. Kadang tu, dorang akan offer kerja kat kau juga based on profile kau.
4. Yang ini agak macam susah sikit kot. Kau patut ketepikan isu primer iaitu duit yang mendorong kau. Ambil job yang tak berapa nak setimpal dengan kerja, tapi buat kau happy, better, semua la akan buat kau rasa puas dan seronok. Siapa kata gaji besar tu boleh datangkan kebahagian? Walaupun sebenarnya majoriti kita memang nakkkkk sangat gaji beso kan tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia tau segalanya. Ada sebab kenapa kita kerja dengan gaji ini. Semua rezeki daripada Dia. Rezeki Allah bukan dalam bentuk DUIT je tau. Thus, don’t let a starting salary stop you from taking a position you love if there is ROOM for that position to GROW.
5. Pabila dah dapat job baru, kau akan rasa banyak peluang di sekeliling kau. Kau akan rasa yang kau sedang ke arah untuk meningkatkan potensi diri kau. Peh, motibasi sangat.
![]() |
| Gituhhhhh! |
Akhir kata, jangan biarkan ketakutan diri jadi penyebab untuk kau berhenti buat apa yang kau suka. Memang kau tau apa yang kau ada hari ini mungkin cukup untuk kau tapi cuba kenalpasti apa yang ada disebalik that unknown yang mungkin tersembunyinya apa yang kau idamkan selama ini. There is only one way to find out.
"Lupakan masa silam yang penuh tragik, cipta masa depan baru yang lebih dinamik.
Ya, perubahan itu di tangan anda" - Inchegabbana
Peh.
Adios~
