29 April
2012 hari Ahad. Hari itu adalah hari
terakhir cuti pertengahan semester aku dan petang itu aku kena pulang ke
universiti. Sebelum hari itu, pak su aku
sampaikan suatu berita pada mak aku. Mak aku kata, “ atuk demam.
Atuk ada kat wad sekarang ini ”. Lepas mak aku kata macam itu, aku terus
terbayangkan keadaan atuk kat hospital. Masa itu, aku rasa biasa je tapi sejak
balik U ni aku selalu terbayang-bayangkan atuk. Kadang-kadang aku terfikir,
atuk da makan ke belum? Bila atuk nak balik rumah?Bila atuk nak sembuh?
Rumah atuk dekat dengan rumah
aku. Sebab tu kot aku antara cucu yang
rapat dengan atuk. Hehe. Banyak
kenangan aku dengan atuk. Dulu masa
kecik-kecik, aku dengan adik-adik aku pergi mengaji kat rumah atuk. Lepas
maghrib je kitorang cepat-cepat buka al-quran. Sebab atuk aku tak suka kitorang
duduk saje-saje, chit chat dengan anak jiran sebelah rumah atau gelak sakan
beramai-ramai. Adalah menjadi satu kepantangan bagi atuk kalau kitorang buat
perangai yang disebutkan tadi sebelum mula mengaji. Atuk seorang yang tegas,
kalau salah bacaan, tajwid tunggang terbalik, memang mendapat laa jawabnya.
Tapi kitorang anak kampong, jiwa kental, kena rotan pun masih ok lagi walaupun
rasa cam nak meraung je time
tu..hahaha..
mari mengaji =)
Dulu masa
aku sekolah rendah, sebelum berbasikal ke sekolah yang jauh berkilometer tu,
atuk mesti panggil aku dulu pastu bagi duit belanja. Sebagai seorang
kanak-kanak riang time tu, aku terima dengan senyuman melebar..hahaha..
sekolah aku jauh berkilometer.. (-_-)
Pernah
sekali atuk aku datang ambil aku balik dari sekolah. Yang ni kelakar sikit,
masa tu aku darjah 2, aku tunggu abah aku datang ambil aku tapi aku tunggu tak
sampai-sampai. Time tu aku rasa cam nak nangis da. Air mata da bertakung tinggal tunggu emapangan pecah je.hehehe.. empangan
aku tak kukuh lalu air mata pon mengalir deras tanpa henti. Masa tu sepupu aku ada
sekali dengan aku, dia kata, “weh,ko nangis ea?”. Tapi aku kata, “Mana ada..”. Pada hal time tu
air mata da melimpah-limpah pon tak nak
mengaku. Tiba-tiba aku nampak atuk aku
nun jauh di sana, atuk bawak Honda Ex5.
Aku pun apa lagi, aku ambil beg terus
kejar atuk aku. Atuk aku kata, “Mak dengan abah pergi ambil kereta sebab tu
atuk ambil ko”. Atuk pon senyum. Aku masam muka sebab abah tak cakap pon nak
ambil kereta yang baru beli tuh, kalau tak mesti aku boleh ikut abah.
Kalau nak
cerita, banyak la kenangan aku ngan atuk. Tapi sekarang atuk sakit. Time tulis entry
ni pon aku rasa sebak sebab aku teringat-ingat atuk kat hospital. Masa aku
tengok atuk kat hospital, atuk lemah sangat. Atuk kurus, badan pon da susut.
Atuk cepat la sembuh. Serius cakap, aku nangis masa tulis entry nih. Sejak dua
menjak ni aku selalu nangis. Lagi-lagi kalau malam-malam masa nak tido. Aku
takut kalau aku tak sempat jumpa atuk. Aku takut.


