Thursday, 21 March 2013

Parut.


Ada apa dengan parut? Ada orang kata parut tu cela, ada orang kata parut tu hodoh.
Golongan wanita terutamanya pasti  gerun sekiranya kulit mereka berparut dan ia normal untuk anda semua rasa begitu.

Dah macam citer berbaur dokumentari ni pehal?!
Hahaha.

****************************

Dulu…
Masa tu aku berusia 14 tahun yakni tingkatan 2.
Pada Hari Raya Aidilfitri yang ke-7 waktu maghrib, aku telah meng eksidenkan diri sendiri.
Aku memandu menunggang motosikal. Model Yamaha stok lama. Motor second hand lak tu. Cis.
Hahaha.

Aku bukan nak poyo atau apa-apa berperasaan yang sewaktu dengan poyo tapi before aku eksiden dulu, aku pernah dapat mimpi. Mimpi tu da lama, aku mimpi aku eksiden. Jatuh motor. Muka seret jalan. Motor terpelanting. Aku pon sama terpelanting jugak. Orang bumi kata déjà vu gitu. Mula-mula tu aku abaikan je mimpi tu. Pemikiran sorang budak yang berusia 14 tahun pada ketika itu adalah seperti mimpi-je-pon-takde-hal-mana-pon. Tapi sebenarnya salah aku jugak. Aku rempit time tu. Gian bawak motor.

Aku terlantar selama 2 minggu. Orang pergi beraya, makan kuih raya tapi aku pergi beraya kat klinik cuci luka,makan ubat. Tragis raya aku tahun tu. Duit raya pon sikit. Nangis!

Ekceli, aku nak share petua nak hilangkan parut luka akibat eksiden. Ahaks.
Tetiba nak share petua lak pehal!
Ni perkongsian ilmu maka takpe la kot. Hehehe.

  1.         Daun lidah buaya.

              Apa?Buaya?!!!

Bukan buaya!
Tapi lidah buaya


              Bukan buaya tapi daun lidah boye ye. Orang kulit putih kata aloe vera.
Illustrasi

   Cara pemakaian dan penyediaan:
   - Keluar dari rumah.
   - Petik daun lidah buaya pastu masuk dalam rumah balik.
   -Basuh bersih-bersih aloe vera tu dan guna pisau untuk ambil isi dalam dia.
   -Tepek kat tempat yang terbabit yakni tempat yang berparut.
   -Tunggu sampai kering. Lagi lama lagi bagus.
   -Lepas dah kering, basuh muka bersih-bersih.
   -Kerapkan amalan pemakaian dan kesannya bergantung pada kerajinan si pemakai dan juga jenis parut.



       2.     Kulit kayu manis.


Ni la kulit kayu manis.Siapa tak tau sila angkat kepala hantuk kat dinding!Hahaha
Masa aku kat MRSM dulu, pernah ada satu era di mana semua budak suka mengikis kulit kayu manis atau nama omputeh nya cinnamon. Setiap malam di setiap level asrama dan di setiap blok akan kedengaran bunyi kikisan cinnamon. Krik*krik*krik.. (bunyi hampir menyerupai)

Cara penyediaan dan pemakaian :
-Pergi dapur lalu mencari kayu manis.
-Jumpa tak? Kalau tak jumpa, tanya kat mak korang.
-Terpulang kat korang nak kikis atau nak tumbuk halus kulit kayu manis tu.
-Bila da jadi serbuk, letak dalam satu bekas dan titikkan beberapa titisan air.
-Akan terbentuk seperti paste.
-Sapukan kat kawasan kejadian parut yang melanda kulit anda dan tunggu 10-15 minit.
-Mula-mula akan rasa pedih sikit sebab dia(kulit kayu manis) kan rempah ratus so akan mengundang rasa 
 pedas kat muka. Eh?

           3.  Minyak ikan yang dalam kapsul tu



Ni la minyak ikan tu. 
 Aku pakai minyak ikan ni masa aku eksiden dulu. Tapi aku tatau jenama apa yang mak aku bagi kat aku dulu. Maka, pilihan terletak di tangan anda, pilihlah produk yang selamat. Eceh, dah macam iklan pulak. Ok, luka dah kering dan parut pon muncul so mak aku ada roger kawan beliau yang mana kawan beliau memiliki anak-anak lelaki yang selalu eksiden. Tapi aku ni pompuan. Hahaha. Maka, beliau sungguh arif dalam bab-bab mencari ubatan dan penawar. Dia yang rekemen kat mak aku pasal ubat tu.

Seminggu lebih lepas aku pakai minyak ikan tu, aku pergi klinik nak cuci luka. Sakit dan azabnya hanya Allah yang tau. Luka aku ni luka yang calar-calar sebab seret muka kat jalan. Hahaha. Masa tengah cuci luka tu, puan doktor tanya kat aku,"Luka kat muka awak dah elok,awak ada pakai apa-apa ke?". Dengan muka yang berkerut sebab tahan sakit maka aku pon jawab,"Mak saya bagi minyak ikan untuk disapu kat luka nih, tu yang cepat elok..hahaha". Mesti puan doktor tu pikir,"Pehal budak nih, tengah sakit-sakit pon boleh gelak."
(-____-")



Setelah anda telah berjaya mendapatkan kapsul minyak ikan, cucuk kapsul tu dengan jarum dan sapu ke kawasan yang terbabit. Minyak ikan nih lagi ok daripada minyak gamat sebab minyak gamat boleh buat luka jadi hitam. Minyak ikan pulak membuatkan luka cepat sembuh dan in sha Allah takde kesan hitam-hitam kat tempat luka tu.

Last but not least, selamat mencuba dan sekiranya anda ada cadangan lain boleh la kemukakan kat aku. Kita boleh share ilmu. Hehehe..adios!

p/s : jangan eksiden kan diri anda. TQ~


Thursday, 14 March 2013

Hari Red Velvet yang awesome

Hidup tak semudah yang disangka.
Ceh..
Tetiba lak!

***************************

Assalamualaikum...dan selamat malam.
Malam. Ada apa dengan malam?Bintang?Bulan?Tak. Malam ini menggambarkan segalanya. Sunyi. Sepi. Tiada bintang berkelipan yang menghiasi langit. Tiada cahaya bulan yang menyinari malam.Tiada.

Ehem. Standard ayat intro aku memang macam ini sebab aku menaip waktu orang dah masuk tido pastu aku je tak tido-tido apa kes. Hikhik.
Sebenarnya aku nak cerita pasal kejayaan aku dan my little sister yang mana kami berdua telah berjaya dengan jayanya menghasilkan (xbole blah) cup cake red velvet!

O M G!
Awesome gilerrrr! (Gelak gedik sambil lompat-lompat pastu terpekik) LOL!
Okay.
Berikut ialah hasil air tangan kami. Resepi cup cake ni macam biasa la, cilok kat internet sudaaaa.

Anyway, enjoy these pictures!

Le cup cakes!

Yang ni konon-kononnya nak buat macam roses la.Kononnya~
Yang agak-agak macam disaster tu tolong la abaikan.Huhu.

Hehehe.
Aku tatau sejak zaman/abad/kurun bila entah aku suka pula buat cup cakes ni. Dulu aku mana minat beb buat semua ni.

Aku paling suka masak lauk-lauk (ayat nak bangga!)
Hahahahahahahhaha. Of course guwa tak daebak macam chef nak masak sedap gilerrrr macam kat restoren yang berprestij tu kerna siapalah guwa di mata anda semua. Ahaks!

Resepi?Nak resepi?Serius aku ambil je resepi yang banyak orang post comments sebab itu membuktikan resepi tersebut sedap dan boleh mengundang perasaan oh-terer-gilerrr-aku-buat-cupcake. So, make sure resepi yang nak di rembat  copy dari internet tu is from reliable sources so that you won't regret it later. Bila da nyesal akan mengundang pula rasa malas-la-aku-nak-buat-cupcake-lagi dan kita semua sudah tentunya tak mau ini semua terjadi.

Ahaks!
Itu je aku nak kata taip.
Aku kena tido.
Kalau tak esok zombie kat kelas.

Zombie.