Ada apa dengan parut? Ada orang kata parut tu cela, ada orang kata parut tu hodoh.
Golongan wanita terutamanya pasti gerun sekiranya kulit mereka berparut dan ia normal untuk anda semua rasa begitu.
Dah macam citer berbaur dokumentari ni pehal?!
Hahaha.
****************************
Dulu…
Masa tu aku berusia 14 tahun yakni tingkatan 2.
Pada Hari Raya Aidilfitri yang ke-7 waktu maghrib, aku telah meng eksidenkan diri sendiri.
Aku memandu menunggang motosikal. Model Yamaha stok lama. Motor second hand lak tu. Cis.
Hahaha.
Aku bukan nak poyo atau apa-apa berperasaan yang sewaktu dengan poyo tapi before aku eksiden dulu, aku pernah dapat mimpi. Mimpi tu da lama, aku mimpi aku eksiden. Jatuh motor. Muka seret jalan. Motor terpelanting. Aku pon sama terpelanting jugak. Orang bumi kata déjà vu gitu. Mula-mula tu aku abaikan je mimpi tu. Pemikiran sorang budak yang berusia 14 tahun pada ketika itu adalah seperti mimpi-je-pon-takde-hal-mana-pon. Tapi sebenarnya salah aku jugak. Aku rempit time tu. Gian bawak motor.
Aku terlantar selama 2 minggu. Orang pergi beraya, makan kuih raya tapi aku pergi beraya kat klinik cuci luka,makan ubat. Tragis raya aku tahun tu. Duit raya pon sikit. Nangis!
Ekceli, aku nak share petua nak hilangkan parut luka akibat eksiden. Ahaks.
Tetiba nak share petua lak pehal!
Ni perkongsian ilmu maka takpe la kot. Hehehe.
- Daun lidah buaya.
![]() |
| Bukan buaya! |
![]() |
| Tapi lidah buaya |
Bukan buaya tapi daun lidah boye ye. Orang kulit putih kata aloe vera.
![]() |
| Illustrasi |
Cara pemakaian dan penyediaan:
- Keluar dari rumah.
- Petik daun lidah buaya pastu masuk dalam rumah balik.
-Basuh bersih-bersih aloe vera tu dan guna pisau untuk ambil isi dalam dia.
-Tepek kat tempat yang terbabit yakni tempat yang berparut.
-Tunggu sampai kering. Lagi lama lagi bagus.
-Lepas dah kering, basuh muka bersih-bersih.
-Kerapkan amalan pemakaian dan kesannya bergantung pada kerajinan si pemakai dan juga jenis parut.
2. Kulit kayu manis.
![]() |
| Ni la kulit kayu manis.Siapa tak tau sila angkat kepala hantuk kat dinding!Hahaha |
Masa aku kat MRSM dulu, pernah ada satu era di mana semua budak suka mengikis kulit kayu manis atau nama omputeh nya cinnamon. Setiap malam di setiap level asrama dan di setiap blok akan kedengaran bunyi kikisan cinnamon. Krik*krik*krik.. (bunyi hampir menyerupai)
Cara penyediaan dan pemakaian :
-Pergi dapur lalu mencari kayu manis.
-Jumpa tak? Kalau tak jumpa, tanya kat mak korang.
-Terpulang kat korang nak kikis atau nak tumbuk halus kulit kayu manis tu.
-Bila da jadi serbuk, letak dalam satu bekas dan titikkan beberapa titisan air.
-Akan terbentuk seperti paste.
-Sapukan kat kawasan kejadian parut yang melanda kulit anda dan tunggu 10-15 minit.
-Mula-mula akan rasa pedih sikit sebab dia(kulit kayu manis) kan rempah ratus so akan mengundang rasa
pedas kat muka. Eh?
3. Minyak ikan yang dalam kapsul tu
![]() |
| Ni la minyak ikan tu. |
Seminggu lebih lepas aku pakai minyak ikan tu, aku pergi klinik nak cuci luka. Sakit dan azabnya hanya Allah yang tau. Luka aku ni luka yang calar-calar sebab seret muka kat jalan. Hahaha. Masa tengah cuci luka tu, puan doktor tanya kat aku,"Luka kat muka awak dah elok,awak ada pakai apa-apa ke?". Dengan muka yang berkerut sebab tahan sakit maka aku pon jawab,"Mak saya bagi minyak ikan untuk disapu kat luka nih, tu yang cepat elok..hahaha". Mesti puan doktor tu pikir,"Pehal budak nih, tengah sakit-sakit pon boleh gelak."
(-____-")
Setelah anda telah berjaya mendapatkan kapsul minyak ikan, cucuk kapsul tu dengan jarum dan sapu ke kawasan yang terbabit. Minyak ikan nih lagi ok daripada minyak gamat sebab minyak gamat boleh buat luka jadi hitam. Minyak ikan pulak membuatkan luka cepat sembuh dan in sha Allah takde kesan hitam-hitam kat tempat luka tu.
p/s : jangan eksiden kan diri anda. TQ~






No comments:
Post a Comment