Friday, 16 October 2015

Skill Memasak

Assalamualaikum~

Ya umum kita ketahui sekarang tengah panazzz dengan isu kenaikan harga tol yang memang macam beeeeeppppp.

Aku turut terkesan dengan benda jadah ni.

Tapi entry kali ni bukan pasal nak protes tentang kenaikan harga tol. Nanti buat sakit hati itewww jewww.

Kali ni aku nak story pasal skill memasak.

Ya.

Asal sebut pasal memasak je, kompem secara gear automatiknya sinonim dengan perempuan. Eh, please yang bukan perempuan pon boleh masak ye.

Tetttt.

Tiba-tiba rasa nak #tb sikit masa zaman aku menuntut ilmu masak memasak dengan mak.

Okey sebenarnya aku kena paksa belajar masak sejak di bangku sekolah lagi. Dek kerana aku yang tak berapa nak pintar masa UPSR dulu, makanya aku sekolah la kat SMK harian. Masa tu Tingkatan 1 dan 2 sesi petang so mak aku nampak ada peluang kecemasan keemasan di situ. Lantas aku dipaksanya belajar masak. 

Jiwa rapuh mudah berderai seorang remaja 13 tahun hanya mampu menurut perintah. Ewah. Drama sangat kauuuu. Style mak aku, dia ajar pastu tinggal la kau keseorangan terkontang-kanting kat dapur bak Cinderella. 

Contoh sistem pengajaran mak aku : 

Subjek/matapelajaran: Goreng ikan.
Cara/Teknik menjawab : Ambil 1 ekor ikan, gaul dengan kunyit + garam. Goreng.
Sistem pemarkahan : Berdasarkan rupa dan rasa.
Keputusan : Aku berjaya merentungkan ikan. Repeat paper.

Begitulah cara pembelajaran aku dalam bidang masakan. Ceh. Dari hari ke hari mak aku ajar masak lauk itu lauk ini tapi yang simple je lah. 

Okey so bab masak dah boleh dah. Yang terkureng sikit tu kat bab siang ikan. Dulu masa first time aku siang ikan, final look ikan tu memang macam ikan kena bom la. So, macam biasa la kena marah. Bhahahaha. Tapi bila dah lama-lama tu dah okey sikit la. Awal-awal dulu praktis ala-ala ikan kena bom lama-lama dah jadi ala-ala ikan yang cantik disiang. Ya Allah nih dah kenapa puji diri sendiri!Hahaha.

Sebelum 'dibom'.

Bila dah power pandai masak sikit, mulalah gatal tangan nak belajar baking pulak. 

First baking lesson aku try buat biskut sarang semut. Disebabkan noob level supersaiya, aku pergi salin senarai bahan-bahan aje, cara-cara semua tu tak ambil port. Bukan sebab faktor bajet tahu tapi sebab faktor nubis kubis laaa. Bhahaha. Maka, berdebu la dapur mak aku masa itu. Aku yang nubis kubis ni jugalah dengan bangganya mix tepung,baking powder,etc. In other words, aku mix bahan kering sahaja. SAHAJA. Berdebu-debu dan tepung berterbangan bak kabus di ruangan dapur kesayangan mak iolls. Dengan gelabahnya, aku campak-campak semua bahan, lastly secara ajaibnya jadilah doh yang perfect walaupun proses pembuatannya agak terpesong daripada prosedur yang sebenar.

Kat blog ni pon aku ada share pasal apa yang aku pernah masak. Tapi di setiap masakan ada cerita tersendiri. Bukan resepi rahsia tapi tragedi di sebalik penghasilan masakan tersebut. LOL.

Macam-macam lah kes memasak aku. Kek terbelah dua, goreng keropok tapi keropok terbakar, rentungkan nugget ayam, etc.

And I'm sure korang pon ada pengalaman macam ni. Eh yeke. So, untuk girls yang kat luar, jangan risau. Kalau tatau masak, boleh belajar. Yang penting praktis. Refer juga dekat youtube sebab teknik tu penting. Jangan jadi macam aku, salin senarai bahan jek pastu mix bahan kering. Maigosh, was that me?! Hancurssss~

Anyway, terima kasih kat mak sebab ajar iolls masak. Hehehe.

Takpe. Kata praktis.
Adios~