Friday, 5 October 2012

Aku dan basikal

Assalamualaikum dan selamat tengah malam.Hweee~

Malam ini aku berkeinginan untuk menaip blog. Entah kenapa, malam ni tak seperti malam-malam sebelum ini. Malam ini udaranya berbeza. Bintang mahupun bulan seperti tidak mahu  memunculkan diri. Masing-masing menenggelamkan diri disebalik langit yang hitam pekat gelapnya yang ditemani awan malam yang tebal. Aku lihat kiri, aku lihat kanan. Teman-teman sebilikku sudah tenggelam dalam tidur yang diulit dengan mimpi-mimpi indah. Ku jenguk ke luar jendela, tiada apa-apa yang menarik di luar sana. Sepi. Sunyi.

Ok.Aku sebenarnya tak boleh tidur sebab terminum nescafe punye white cofee. Niat aku malam ni nak study (konon-kononnya) tu yang aku pekena white cofee. Tapi semua tu hanyalah harapan pabila niat nak study terbantut gara-gara dek kelajuan internet yang menggodaku untuk online. Heheh.


*******************************

Sedang aku termenung malam-malam buta ni,tiba-tiba aku teringat kat satu kisah hidup aku ni. Ceh!
            Masa tu aku darjah 3. Sebagai seorang kanak-kanak riang yang berusia 9 tahun ketika itu, aku memasang angan-angan nak ada basikal sendiri. Tapi apabila memikirkan keluarga aku bukanlah orang senang yang boleh bagi je apa aku nak,aku terpaksa lupakan angan-angan tu. Maka, dipendekkan cerita, disebabkan aku nak juga basikal tu, aku pun cakap kat mak aku.

Gambaran basikal idaman.
"Mak,orang nak basikal boleh tak?Kawan-kawan orang semua ada basikal.Orang nak juga."
Mak aku pandang aku dengan pandangan matanya yang menusuk kalbu. "Kalau nak juga basikal, kau belajar pandai-pandai, dapat nombor 1 dalam kelas, nanti mak suruh abah beli basikal tu",kata mak kat aku.
Aku tersenyum lebar dengar kata-kata mak aku sambil berkata"Ok mak!".


             Mulai hari tu, aku study la bagai nak rak. Kalau anda semua tengok cara aku study, tentunya anda seakan tidak percaya sebab aku study macam nak SPM sedangkan baru darjah 3.Huhu.
                  Disebabkan perasaan aku membuak-buak nak basikal tu, aku study siang malam. Dalam otak aku masa tu aku hanya fikir pasal basikal tu. "Aku nak basikal merah",sebelum study aku selalu cakap benda ni untuk  membakar semangatku gitu. Chewaaaahhh!

                 Akhirnya, peperiksaan yang dinanti-nantikan telah tiba. Aku target memang nak dapat nombor 1. Walaupun kedengaran agak 'over confident' tapi masa tu aku dah tak fikir apa dah. Yang penting basikal tu aku kena dapatkan juga. No matter what!

******************************************
                      Keputusan peperiksaan dah keluar. Berdebar-debar sampai ketiak berpeluh aku cakap kat anda semua. Serius cuak gila!

Jeng..jeng...jeng...

Aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan tu dan seperti yang dijanjikan aku dapat basikal yang aku nak tu. Masa tu Allah je tau betapa gembira sangat aku dapat basikal tu. Hoho.
                
Basikal tu aku jaga dengan baik sangat. Setiap minggu aku basuh basikal tu walaupun hakikatnya basikal tu tak kotor pun. Abah aku kata,"Abah yang ada kereta ni pun tak de lak basuh kereta tetiap minggu, ko je semangat basuh basikal tu tetiap minggu". Haha. Kalau boleh dibawa tidur, dah lama aku buang bantal busuk aku, ganti  dengan basikal tu. Tapi tu dah macam obses yang teramat la pula.

                          Tapi bila aku dah meningkat usia (tinggi tak meningkat pulak,berat badan lak yang meningkat dengan jayanya) aku terfikir, masa aku belajar bagai nak rak semata-mata nakkan basikal tu, niat aku hanyalah kerana basikal tu. Sepatutnya niat aku, aku belajar kerana Allah dan dengan niat nak tambah ilmu didada disamping aku belajar sebab nak tingkatkan taraf hidup keluarga aku. Oleh yang demikian, aku selalu ingatkan diri aku, apa-apa yang aku kerjakan atau lakukan, yang penting bukanlah semata-mata kerana ingin mengejar dunia sahaja tetapi mengejar akhirat juga. Apabila aku buat sesuatu pekerjaan atau tugasan,aku  bukanlah mengharapkan balasan daripada sesiapa pun. Yang penting ikhlas. 

Sekian.


No comments: