Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaa!!
Topik hari ini aku nak bercerita
pasal kerja gila yang paling gila pernah aku buat (just nasib baik tak gila je)
Bahahahaha~
Ok.
Berdasarkan tajuk yang bakal
dikupaskan pada hari ini, kalau diikutkan memang banyak nak dikupaskan tapi
memikirkan kekangan masa makanya kita pendekkan aje la cerita ini.
Sebab kejap lagi aku ada kelas
kot.Yay! (-__-)
Aku pasti dan memang pasti yang
semua orang kat dunia ini pernah buat kerja gila tak kiralah walau seskema atau sebaik mana pun seseorang itu,kompem dia pernah buat
kerja gila punya la.Guwa jamin. Tapi kalau ada yang tak pernah langsung buat
kerja gila ini, aku tabik panglima kat korang la.
Kerja gila yang dimaksudkan kat
sini ialah segala perbuatan yang dianggap boleh mendatangkan risiko kepada si
perilaku. Kerja gila yang aku katakan ini bukan kerja gila yang menjerumus ke
arah dosa dan kemaksiatan tau.Itu betul-betul gila weh! Ini kerja gila yang
boleh diterima akal lagi. Paham tak? Tak paham tak pe,study elok-elok sebab apa
yang aku tulis ini tak masuk exam pon. Jangan risau.
Tehehehehee~
***********************
Teringat masa zaman sekoah rendah
dulu. Masa itu aku darjah 5 kalau tak silap la. Kalau masa sekolah rendah dulu
ada sesi pagi dengan petang dan aku sekolah untuk dua-dua sesi itu. Pergh!
Penat kot.
Masa itu basikal aku rosak dan
mak aku hantar aku pergi sekolah. The best part is adalah menjadi satu
kebiasaan bagi mana-mana budak sekolah untuk membeli makanan ringan atau dalam
bahasa Jawa digelar jajan. Lokasi penjualan jajan ini biasanya dijalankan kat
rumah. Oleh kerana aku duduk kampung, maka port nak beli jajan senang nak jumpa. Aku pun terjebak juga
dalam isu pembelian jajan ini. Siap buat stok lagi pastu jual kat kawan.
Kecik-kecik lagi dah otak bisnes. Bahahaha…Ok stop bangga!
Pada suatu petang yang terik, aku
datang sekolah awal. Tak pernah-pernah aku datang awal tiba-tiba aku datang
awal. Baik tak aku? Bahahahaha!
Disebabkan datang awal, tiba-tiba
bergolek la idea bernas dari otak kecilku ini. Muahahahaha!
Hatiku berkata,”Aku nak beli
jajan la kat rumah Bibik A”, (dalam kalangan orang Jawa, gelaran bibik merujuk
kepada mak cik tapi kebanyakan orang apply the word bibik kat pembantu rumah
je..choi!)
Tapi bila difikirkan balik,
basikal aku rosak kot. Takpe, masa itu aku nekad gila nak juga beli jajan pastu
aku pun pergilah kat tempat parking basikal belakang blok akademik. Aku
bermonolog dalaman,”Alaaa…aku pinjam kejap la basikal dorang nih,nanti aku
letak balik kat sini”. Tapi yang sengalnya aku ni, aku siap pilih basikal yang
power lagi. Dari jauh aku nampak basikal BMX dan of course la tu basikal budak
lelaki punya tapi aku kisah apa, rembat aje sebab masa tu aku nak sangat merasa
naik BMX. Zaman aku dulu BMX agak top dikalangan we all. So, agak jakun dan
batak la aku masa tu. Bhahaha..
Lepas rembat basikal tu, aku
kayuh laju-laju nak pergi borong jajan. Setibanya kat kedai tu, aku terserempak
kawan aku, dia puji, “Weh, shantek basikal ko”. Aku jawab,”See the leg la
bhai”,sambil kembang di hati walaupun tu bukan basikal aku. Heh!
Pastu,keesokan harinya kecoh
pasal ada basikal beralih tempat means masa datang sekolah parking tempat lain ,
bila nak balek sekolah basikal tu dah ada kat tempat lain. Haha!
Antara kerja gila pernah di buat
:
·
Cubaan untuk ‘fly’ dari asrama (masa ini aku
Form 4).
·
Panjat pagar masjid bersama member-member
terchenta.
·
Hampir kena saman sebab bawa kereta tanpa
ditemani lessen.
·
Rembat kereta bapak member untuk pergi shopping
raya pastu rosak dan tersadai kat jalan.
·
Prank member di khlayak orang ramai. (The best
part ever!)
·
Panjat pagar asrama sebab pagar dah tutup. (Time
tu study week ok)
· Cakap kat cikgu, “May I go to the toilet
please?”,tapi sebenarnya aku melencong pergi kafe sebab lapar dan aku tak boleh
fikir kalau perut kosong.
Kalau diikutkan, benda nih semua
tak lah gila mana pun kan? Saja bikin gempak aje.Hehe!
Dan semua nih aku tulis bukanlah niat untuk tunjuk yang aku nih jahat or apa-apa tapi just nak share pengalaman hidup je dan kalau boleh janganlah jadi macam aku...hehehe.
Ok..setakat ini aje. Aku nak
solat and off to class. Till we meet again!
No comments:
Post a Comment