Monday, 22 December 2014

Hari yang dingin.

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.

Banyak benda yang tak diduga jadi pada hari ini. Dan juga semalam. Ye, semalam. Lepas itu, kat office hari ini pon boleh tahan jugak ke-disaster-an nya. Tapi aku nak cerita pasal benda yang tak diduga yang telah terjadi pada hari ini yakni pada jam 1.15pm. Aichooom!!!

Tadi aku dengan member aku berjalan sepoi-sepoi bahasa menuju ke Alamanda dengan niat nak pos barang kat member aku yang duduk jauh nun di Kedah sana. Nasib baik la Alamanda ada pejabat pos lori mini. 

Sambil jalan, setiap perjalanan kami diiringi dengan pelbagai complaint ulasan tentang kerja yang berlambak jutanya.

Jalan. Ulasan. Jalan. Ulasan. Jalan. Ulasan.

Sampailah kami ke destinasi yang dirancang iaitu pejabat pos lori mini. Disebabkan confident aku level advanced, aku pun beli la sampul ekspress A4 dengan sampul poslaju yang plastik tu. 

Yang sampul plastik tu aku nak isi barang member aku yang nak dipos ke Kedah. Pastu aku rasa macam bongek gilerrrs sebab dah la beratur panjang, pastu aku tak minta address member aku yang kat Kedah tu. Pagi tadi aku siap Whatsapp member Kedah aku tu bagai nak rak dan benda paling penting, address dia tu boleh pulak aku lupa nak mintakkkkk. 

Dah siap beratur, da siap bayar tinggal nak tulis address je. Time tu aku da port baik punya kat meja tepi tu. Meja tu untuk orang awam isi details transaction etc. Punya la semangat aku tulis Alamat Pengirim bagai tetiba mata ku tertancap pada perkataan keramat iaitu ALAMAT PENERIMA. Dushhh! Double bongek di situuu. Then, aku cepat-cepat cover ke-bongek-an itu dengan poyo-poyo tengok phone konon-konon ada orang mesej pastu blah dari situ. Betapa terserlahnya ke-bongek-an itu. Adeh. Rasa nak lempang diri sendiri laju-laju.

Setelah terlepas fasa ke-bongek-an itu, aku dengan member otw nak balik rumah office. Sampai je dekat pintu kuar, hujan lebat mencurah-curah ke ladang Alamanda. Nangis. 

Kau nampak tak orang ni jalan dalam hujan tapi pakai payung? Kau boleh bayang tak aku dengan member lari-lari macam hape dengan berbaju kurung ayu ni???
Tapi disebabkan tahap ke-survival-an aku dengan member yang tinggi bak gunung Everest, kami redah hujan lebat yang selebat-lebatnya itu tadi. Redah. Redah. Redah. Redah. Maka sampailah kami ke lobi office. Lencun semuanya dari atas tudung hingga ke hujung kuku jari. Paling tak boleh blah aku lari sambil kepit barang pos tu. Terasa diri ini macam American Football player. Lari dalam hujan, bawak football dengan gagahnya. *berangan* Da la pakai baju kurung. Lari macam hape. Hahahahaharomhahahaha.

Masuk office, basah lencun. Pastu kena penangan air-cond, perghhhhhh sejuk wa cakap sama lu beb. Pastu lama-lama aku rasa aku macam berbau hapakkkkk. Hakhakhakhakhakhak. Kbai.

No comments: