Wednesday, 2 January 2013

Aku dan team kawad kaki.


Kawad kaki dah sebati dalam diri aku. Kalau diimbas kembali tahun 2011, masih terasa lagi debaran sebelum nak bertanding. Masa itu, rasa nak pengsan sebab berdebar giler. Serius cakap, tu first time aku join pertandingan untuk wakil team kawad dari universiti aku. Selama ini aku tak pernah wakil apa-apa. Loser giler aku masa time kat sekolah dulu. Dan cuak nak bertanding ni lain sikit, cuak dia sangat la lain daripada cuak-cuak sebelum ini. Sebab pertandingan ini melibatkan maruah kami semua. Walau pun ada setengah pihak kata, ala..pertandingan je pun, menang kalah semua itu adat. Tapi bagi kami, semua tu boleh blah la,pertandingan ini lebih dari tu.Lebih dari segala-galanya. Segala usha2   usaha-usaha kami, penat lelah kami, kami mahu hasilnya nanti yang paling terbaik.

Sebelum nak bertanding, aku teringat masa kitorang practice. Masa tu siang ke malam ke tengahari ke da tak kira apa dah. Lagi-lagi kena pula dengan jurulatih yang strict. Semuanya dia nak perfect je. Setiap inci kesalahan kitorang, walau sekecil kuman sekali pun, dia nampak. Bak kata omputeh, “eyes like an eagle”. Gosh! Masa tu memang serius aku cakap sambil kawad tu sambil menyumpah. Bahahahahahaha. Aku teringat lagi ,ada satu malam tu kitorang belajar  6 bunga atau formasi (ni bukan farmasi tau)  dalam satu malam dan kitorang belajar bunga tu sampai pukul 2 pagi. Masa tu serius ngantuk guwa cakap sama lu beb. Dah macam zombie, tapi zombie tak zombie kena jugak practice. Malam tu kitorang dibagi minum kopi O kaw-kaw. Lepas minum kopi O tu masing-masing terbuka terus mata.  Pergh! Bombastik beb! Bila dah minum kopi O ditambah lak dengan semangat nak menang, memang berkobar-kobar la nak practice seyhh!

Masa practice dulu, serius cakap muka aku memang burn kaw-kaw. Burn tak burn yang penting masa bertanding nak menang. Tu je yang kami satu team fikirkan.

Hari yang ditunggu-tunggu da tiba. Turn kitorang masa tu turn yang ke berapa entah aku tak ingat tapi time tu tengahari dan cuaca panas terik maaa. Kitorang semua pakai drill boot  and drill boot ni material dia terdiri daripada leather and it’s killing me coz panas giler kaki guwa weh. Macam celup kaki kat dalam kuali bhai! Time tu memang rasa macam nak tumbang, aura kitorang satu team pun dah rasa semacam je.

Tiba-tiba, jurulatih kitorang gertak kitorang. Dia kata,”kau takut skuad?Hah?!Takut?!”. Nada dia dia macam marah. Huhu. Tapi rupa-rupanya dia nak bagi kata-kata semangat sebab muka masing-masing time tu da macam apa je. Mayat pun tak sepucat kitorang kot. Huhu.

Juri dah bagi panggil  ketua platun untuk bagi arahan skuad masuk track. Pergh! Berdebar siot!

Setelah siap melapor kekuatan skuad, kitorang pun mulalah langkah seterusnya. First start dengan kawad statik dan lepas tu dinamik pula. Memang sehabis dan sepenuh semangat la kitorang kawad masa tu. Kalau diikutkan, tu la first time aku rasa semangat giler. Kalau ada percentange yang boleh ukur tahap semangat aku masa tu, more than 100% lah aku cakap. Terbangga pulak!

Lepas bertanding, fuh! Lega wooo. That was the most terrified  moment ever lah! But somehow I like it. Hihihi.

After turn kitorang da settle, kitorang terus port kat dalam stadium. Dalam tu sejuk dan kitorang dari tempat panas masuk tempat sejuk memang brain freeze gler woo. Aku ingat lagi, lepas masuk tempat tu, ada dua team mates aku tumbang. Sorang tu da memang tak sedarkan diri, pengsan da. Sorang lagi da hampir-hampir nak pengsan. Masa tu memang panik giler lah.

Tiba-tiba, muncul satu perasaan sebak kat dalam dada aku. Aku rasa dada aku sesak, susah nak bernafas dan masa itu pecah berderai empangan air mata aku.  Keadaan masa itu memang membuatkan aku rasa sebak. Masa itu aku  tengok semua team mates aku kelam kabut tolong team mate yang pengsan tadi tu. Aku pulak diam dan kelu, tak tahu nak cakap apa, nak buat apa. I was like  numb for a while. Sorang team mate aku perasan yang aku tengah nangis sorang-sorang sambil bukak tali drill boot. Dia datang kat aku pastu tolong bukak kan semua aksesori uniform yang aku pakai lepas tu team mate yang lain datang tolong aku. Dalam ramai-ramai yang tolong aku,ada yang kata,”Beb, ko ok tak?Mana yang sakit?”. Masa itu aku memang tak sakit pun. Tapi aku sebak aje.  Aku tak cakap apa-apa, aku hanya mampu geleng kepala je. Memang lencun la sebab nangis punye pasal. Stupid tears, salahkan air mata pulak… Huhu..pilu giler time tu.



I miss this  moment~

No comments: