Tuesday, 29 December 2015

Tentang Escape Penang


Assalamualaikum~

Yes you can.
Minggu lepas, aku dengan geng pergi ke Escape Penang kat Teluk Bahang. Semua ini hasil usaha sama kami berlima yakni trip tanpa dirancang. More to roadtrip la ekceli. Pabila umur dah merangkak nak ke 25, barulah masing-masing menceceh nak plan roadtrip. Well, it was never too late. Gituhhhh.

19 Disember 2015
Maka, pada malam harinya yakni tanggal 19 Disember 2015, bergeraklah kami berlima ke Penang. Berbekalkan ke-zombie-an masing-masing, berhuhahuha la lima orang kanak-kanak ribena tersebut. Aku selaku co-pilot, telah mencuba sehabis baik untuk tak tewas dalam perjalanan ini. Mata oh mata, kekal terbukalah di kauuuuu. Getus hatiku. Lagi tiga orang kat seat belakang, bertindak selaku standby di kala krisis ke-mengantuk-kan berlaku.

20 Disember 2015
Dalam pukul  4 pagi kitorang sampai Penang. Tapi aku tertidur time melintas jambatan Pulau Pinang. Dah sampai pulau tiba-tiba aku tanya, "Eh mana jambatannya?". Sadis.

Sampai-sampai je, kitorang bantai tidur dalam kereta. Lepas azan subuh, kitorang singgah kat masjid berdekatan untuk mandi, solat, etc. Settle semua ni, bergeraklah kami untuk acara food hunting a.k.a breakfast. Kitorang aim kedai yang dekat-dekat je sebab kitorang dah dekat sangat dengan Escape Penang tu. Bak kata omputih, 'Time is money bebeh'. Untuk breakfast, kitorang makan roti canai. Konon tak nak makan berat-berat sebab nanti nak main extreme kat Escape disamping untuk elakkan simptom nak terberak, sakit perut, etc.

Nasi Serai.
Lepas sarapan roti canai, boleh pulak ternampak gerai pak cik ni. Peh..adalah satu kerugian buat kami sebab tak try nasi serai ni. Dah kenyang telan roti canai baru terngadah. Time kitorang sampai sini, dah masuk hari Ahad dan kebetulan ada pasar pagi kat situ. Sempatlah jugak cuci mata. Hehehehe.

Tadaaaaa~
Destinasi yang dituju sampai jua. Ku gigihkan juaaaa. Hahaha. Adalah satu kewajipan bila dah sampai kat tempat yang tak pernah sampai untuk kita selfie dan wefie. Habis je photoshoot, kitorang terus terjah game apa yang ada. Ternyata RM64.80 termasuk GST kami berbaloi untuk dilaburkan dalam game yang disediakan. Aku nak pesan, ada game yang korang tak dibenarkan langsung untuk bawa kamera, monopod, smartphone, etc. Melainkan korang ada kamera yang macam gopro or sjcam yang disertakan dengan sejenis headband yang korang boleh attach kamera tu. Means, tangan kena clear, tak boleh pegang apa-apa device sebab korang akan gunakan dua tangan tu untuk attach pulley dengan carabiner kat setiap checkpoint. 

Disebabkan itulah kitorang takda banyak gambar time main extreme kerna masing-masing tidak punya alat-bantuan-pegang-kamera. Maka, semua memori tersemat indah di dalam memori otak masing-masing. Game yang disediakan sangatlah ohsem! Sesiapa yang gayat adalah dinasihati untuk meneliti kesemua game ni. Eceh. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Ekceli aku tak ingat sebab seriyes banyak sangat game and flyers game tu ada kat kawan aku. Trust me, once you are here, please play every single game! Bestttt!

Macam biasalah, kitorang datang main dari jam 9 pagi sampai jam 6 petang. Betul-betul menggunakan masa. Lepas habis main semua ni, kitorang pun check in kat homestay yang kitorang dah book siap-siap. Homestay tu kat Georgetown. Tepat jam 8 malam, tumbanglah kami semua ke alam mimpi. 

21 Disember 2015
Check out hotel homestay jam 11.30 pagi. Pagi itu kitorang sarapan megi konon buat alas perut sebab masing-masing gigih nak lunch kat RNR Tapah. Wakakaka. Sebelum balik, kitorang singgah jalan-jalan kat Georgetown sambil cari jeruk legend yakni Jeruk Madu Pak Ali. Bukan madu Pak Ali yang buat jeruk ni tau. Heheheh. 
Kena purchase coupon ni untuk parking.
One of the streets in Georgetown.
Cendol.

Bye Penang~
Kembali pulang.
Nyummmy.

Akhirnya, kitorang sampai Selangor dalam pukul 10 malam. Trip kali ini sangat ohsem! Akan datang kitorang akan buat lagi trip macam ni. In shaa Allah. Hehehe.

p/s : 
Tips roadtrip best : Cari geng yang sekepala, yang sama-sama masuk air. Thus, the land is all yours.

**Orang yang seusia dengan kitorang sibuk plan nak kahwin tapi kitorang sibuk plan next trip. Wakakaka.






No comments: