Assalamualaikum~
![]() |
| Kata-kata hikmah. |
Ya.
Aku akui, dewasa kini acap kali soalan " Bila kau nak kahwin" kian menikam segenap pelusuk urat telingaku. Eceh.
Embrace yourself, the "bila nak kahwin" questions are coming.
Sejak meniti usia 2 series dan sejak dah start kerja, soalan sebegini banyak menyapa telinga iolls.
Dahulu kala masyarakat sekeliling akan tanya result UPSR/PSRA/PMR/PT3 /SPM/STPM/Matrkulasi/Diploma/Degree/Master/PhD. Okey ini soalan basic la kalau korang still student lagi. Bila dah say Goodbye to student life, sekali lagi masyarakat akan tanya soalan yang berbeda dengan soalan sebelum ini. Kali ini pasal kerja pula; "kerja kat mana?", "Kerja apa?" , "Gaji berapa RM?", etc. The next soalan, yakni soalan yang lebih digeruni oleh sesiapa pun. Eceh. Over sangat kauuuu. Soalannya berbunyi, " Bila kau nak kahwin?"
Jeng jeng jenggggg~
This is a never ending story....lepas satu, satu lagi ditanya ye? Kalah retis kauuuu. Begitulah kronologinya.
Sabda Rasulullah:
"Nikah itu adalah sunnahku, dan barangsiapa yang tidak melakukan sunnahku, bukanlah ia dari golonganku dan berkahwinlah kamu kerana aku akan merasa bangga dengan banyaknya kamu pada hari kiamat"
Sesungguhnya hidup berpasangan adalah fitrah manusia di muka bumi Allah ini. Tiada siapa kat dunia ini nak spend the whole life dengan menyendiri. Actually, for some reason, forever alone was never existed. Unless kau creepy. LOL.
Hari itu, Hari Ulangtahun parent aku. Petang itu setelah habis dirempuhnya oleh aku traffic jammed yang macam hahahaharom, aku terus wish kata keramat "Selamat Hari Ulangtahun" kat parent aku. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengahari. Tidak aku duga soalan itu dilontarkan tepat ke pembuluh darah iolls. Dush!
Mak : Dulu mak umur macam kau dah kahwin. Kau kena kahwin ni.
Aku : Chill mak..kerja dulu.
Mak : Kau tak boleh macam ni. Kena kahwin. Kawan-kawan kau semua dah kahwin bla bla bla
![]() |
| chanteks. |
And again, this is a never ending conversation.
Aku ada aje backup diri sendiri dengan mengutarakan hujah-hujah ekonomi diri sendiri tak stabil, To-Do-List bujang aku tak complete lagi, aku nak kerja dulu, aku takde calon masih tak bersedia lagi, aku tak pergi kursus kahwin lagi, etc. Habis semua hujah aku lontarkan tapi semua tu mak aku tepis dengan mudah beb. Ini kalau mak aku berganding dengan adik-adik aku, confirm aku kalah mati, bro.
Lantas aku pun tewas. Huhu. Kemenangan berpihak pada mak iolls.
Akhirnya aku seakan berputus asa setelah berdebat dengan mak. Lantas aku pun cakap, "INsyaAllah doakan saya".
Terus mak aku senyum. Dalam hati, I waz like "Okey tu jawapan yang tepat, aku boleh recycle jawapan ini nanti..Bahahahahah". Aku pun balas senyuman mak dengan penuh makna tersirat, tersurat dan berselirat.
Mungkin mak aku ada pandangan berbeza dan pandangan aku pun berbeza juga. Mungkin mak aku terdedah dengan persekitaran yang mana kawan-kawan dia ada anak sebaya aku dan mereka dah kahwin. Mungkin mak aku teringin nak ada menantu, cucu dan besan. Mungkin. Eh banyak betul mungkin kauuuuu. Hahaha. Betullah semua kemungkinan itu. Semua mak nak tengok anak dia bahagia dan semua mak nak ada cucu. Eh?
Tapi pada pandangan aku, aku tahu keadaan diri aku macam mana yakni dari segi mental, kewangan, pengurusan diri, etc. Mungkin Allah tahu yang aku masih terkial-kial untuk hidup di era ini maka Allah belum pertemukan jodoh aku. Aku percaya sesungguhnya Allah akan datangkan seorang lelaki dalam hidup aku apabila aku sudah bersedia dan Allah akan datangkan seseorang itu dalam masa serta situasi yang tepat. Semua ini rahsia Allah dan dah tertulis di Luh Mahfuz siapa jodoh aku. Lagi pun kita tak tahu siapa yang datang menjemput kita dulu, jodoh atau ajal.
![]() |
| Katanya, janji sehidup semati. |
Ada aje member-member sebaya aku dah kahwin dah ada anak semua. Itu rezeki mereka yang Allah dah tetapkan. I'm so happy for them.
Fokus aku buat masa ini, aku nak balas jasa mak abah aku. Aku nak tolong keluarga. Aku nak adik-adik aku berjaya dalam hidup diorang. In shaa Allah~
Sebab itu, sebelum nak fikir jodoh, fikir dulu tentang kemampuan diri. Jadi yang tebaik dan In shaa Allah, orang yang terbaik juga akan datang kepada kita. Kan?
Sebab itu, sebelum nak fikir jodoh, fikir dulu tentang kemampuan diri. Jadi yang tebaik dan In shaa Allah, orang yang terbaik juga akan datang kepada kita. Kan?
Peh peh peh. Aku ke yang tulis entry ni??Ahaks.
Sesungguhnya, marilah kita mempersiapkan diri. Mempersiapkan diri ke arah kebaikan. Teruskan berdoa dan jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.
Sekian sahaja hujah saya pada petang ini. Semoga kita bertemu lagi di entry akan datang. Eceh. fefeeling macam rancangan telebisen.
Wassalam.



No comments:
Post a Comment