Tuesday, 7 April 2015

Ke Pulau Perhentian Kecil kah kita (Part II)

Assalamualaikum...

Pagiiiiii...

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini adalah sambungan entry sebelum ni. Presviously on bla bla bla..back la balik untuk baca entry before ni.

Aku dan geng baru aje kembali pulang dari Pulau Perhentian. Mostly ramai tak leh nak move on sebab kitorang still teringat-ingat lambaian pulau tu. Member aku cakap semua ni santau pulau sebab tu kitorang masih di takuk lama yakni memasing still lagi seakan berada di pulau tu. LOL.

Hari Pertama

Beg bau kedai..aku pakai je dah separuh tinggi beg ni dengan aku. Me iz bantut. Isk.
Aku apply cuti 2 hari, Jumaat + Isnin. Sabtu + Ahad bonus. Kitorang ada 8 orang dan semua perempuan. So this was kinda babes vacay laa. Kitorang naik bas Sani dari TBS ke Kuala Besut.

Tanpa tiket siapa lah kami.
Bas kitorang jam 10pm dan sampai Kuala Besut jam 6am. Dalam bas memang memasing bantai tido kaw-kaw. Tau-tau je sampai.

Sampai-sampai sana je kitorang tumpang surau kecik molek untuk solat Subuh dan surau tu berdepan je dengan jeti. Pekan Kuala Besut ni macam klasik sikit and klasik-klasik pon bersih tau. Terbaek.

Siap ada tulisan Jawi hah.
 Lepas solat, gosok gigi, cuci muka bagai, kitorang pon pergi la cari sarapan. Kitorang tanya-tanya orang kat situ, dia cakap ada kedai murah kaler ijau. Dengan beg yang berbondong-bondong dan 8 1/2 minit kitorang jalan, jumpa pon kedai makan kaler ijau. Nun kat hujung alam hah. Takde lak gambo kedai makan tu, maapla ye. Lepas bekpes, member aku kata setiap hari Jumaat ada pasar pagi kat area tu. Ye, sekali lagi kami jalan dengan beg beso memasing. Nak ke sana, kitorang tanya sorang pak cik ni.

Member A : Pok cik, weolls nak pegi pasar pagi ni. Guane nak pegi sana?
Pok cik : Ni ikot je jale tar ni. Nanti sampa.

Kami dan beg dan Kuala Besut


Gara-gara ini kami semua berteka-teki sesama sendiri.
Quack.
Ye, berbekalkan ke-noob-an masing-masing, kitorang pon follow la jalan tar. Jalan tar as in jalan berturap bukan Jalan TAR kat Kolumpo tu ye. Cuak jugak weh kalau kitorang pegi entah mana-mana. Member aku siap cakap, "Ni kalau sesat memang pegi tak kembali". LOL. Jalan kat situ semua tar dah tu kalau ada simpang, nak ikot yang mana?. Hahahahaha.

Sepanjang perjalanan kaki kitorang menuju ke pasar pagi yang berlandaskan jalan tar, macam-macam kitorang jumpa beb. Senang citer, kitorang pusing-pusing kampung kat situ. Ye, dengan beg-beg beso gedabak tu jugak kitorang angkut. Barangkali bakat sebagai porter terserlah di situuuu.

Finally, sampai jugak kitorang ke pasar pagi. Fuhhhh.

Pasar pagi.

Toto, karpet sumaaa adaaa..
 Orang kat sini betul-betul berpagi-pagian. Berbeza betul dengan orang lain yang kat tempat lain tu, (orang lain yang kat tempat lain = aku)  awal-awal pagi dah cari rezeki even hari Jumaat yang sepatutnya merupakan leisure day dorang. Kalau aku, memang membuta sampai malam. Wakakaka. Sedang kitorang jalan-jalan kat pasar pagi tu. Ada sorang brader ni tegur.

Brader : Dik, bawak beg besar-besar ni lari dari umah ke?
Member B : Hahahaha..kitorang nak pegi pulau, bang(ang). lol

Sejak tu, kitorang jalan lelaju sebab orang lain pegi pasar lenggang je yang kitorang lak pegi angkut beg beso-beso alam ni pehal. Paling epik, time kitorang jalan kat tepi jalan raya sambil dihon oleh orang lalu lalang, tetibe ujan lak. Nice. Belum sampai pulau dah adventure. 

Lepas abes pusing satu kampung, kitorang naik speedboat menuju ke destinasi murni yakni Pulau Perhentian Kecil.
Tadaaaa..meet Jeti.
Mak datokkks, speedboat dia gila kencang weiiii. Rasa macam terbang-terbang kat atas boat tu hah. Terjongket-jongket ko kat atas boat. Bak kata brader tu, "Kita lawan ombak dik, sebab tu impak dia sampai leh buat ko sakit tulang belakang, tengkuk, pelvis etc." Tapi serius best. Dekat setengah jam jugak la kitorang berlompat-lompat atas boat sambil  experienced water-slapping-face effect. Power.

Jeti Kuala Besut.
Can you see the my boat. See? Haha
Bermula la perjalanan weolls.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau. Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kitorang stay kat Fisherman Village, Pulau Perhentian Kecil.

Yang ada harga tu tambang speedboat. Masa aku pegi sini, GST belum dilaksanakan lagi. Hehehe.
The best part is air laut kat situ jernih. Kita boleh nampak ikan berenang especially bila baling roti dalam air. Amek ko, berduyun-duyun ikan datang.

Blue-green waterrrrr at Fisherman Village bebeh.
Tadaaaaaa....datatadaaaaa..
Sampai-sampai je kitorang check in bilik. Kitorang dapat family room. Ada 5 katil queen dan betol-betol depan laut beb.
Ni ada construction sikit. Bilik kitorang berhadapan dengan site ni. But chill, we can still see the gorgeous view maaaaa. Oh time ni nak ujan.
Petang tu, kitorang pergi snorkeling secara SDN. BHD. Brader boat tu drop kitorang kat mana bay entah pastu ber-snorkeling la weolls. Memang bertatih-tatih sambil minum air laut macam ko minum milo ais. Hahaha.

The us.
Senja di ufuk sana tu hah.
Probability entry aku boleh jadi panjang berjela-jela ni sangat tinggi, so aku decide untuk update 2nd and 3rd day kat next entry which is part III. 

Hehehehe.

Sekian. Tunggu next entry yep.

No comments: