Assalamualaikum.
2015.Selamat tahun baru.
25,26,27 dan 28 Disember 2014 adalah hari bersejarah aku sebab cuti 4 hari. Hahahahaha. Okey, so??
Tapi, dalam kegembiraan ini, jangan kita lupa pada situasi negara kita ketika ini. Negara sedang dilanda bencana. Sesungguhnya semua ini rencana daripada Allah SWT. Kita boleh ambil iktibar daripada bencana ini. Aku doakan keselamatan dan kesejahteraan rakan-rakan yang tinggal di pantai timur. Marilah kita sama-sama hulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Kalau kita tak mampu nak beri harta, berilah kudrat kita kat mereka contohnya kita boleh jadi sukarelawan. Kalau kita tak mampu juga, titiplah doa kita kepada Allah buat sahabat kita di sana.
#prayforpantaitimur
Okey.
Sepanjang cuti ritu, aku memang guna masa sebaik-baiknya. Aku penuhi semua waktu terluang dengan keluarga. Bak kata cliche omputeh, spent quality time. Hahaha. Disebabkan adik aku yang bongsu sekarang tengah cuti sekolah dan berbekalkan gaji yang masih bersisa tu, aku gagahkan jua untuk ke AEON Big Alamanda. Gara-gara SALE yang tengah bergelumang di mana-mana shopping centre, ini adalah satu peluang untuk aku shopping dengan murahnya. Aku bukanlah jenis kaki shopping yang boros extremely wasteful shopper. Serious cakap, aku suka beli barang-barang dapur especially kalau time tu ada sale gila-gila.
Kebetulan AEON Big Alamanda ada sale, apa tunggu lagi jom lah tolak troli laju-laju pergi shopping kat AEON Big. Sebelum membuang duit beli barang, aku dah plan nak try resepi baru. Resepi yang aku nak try tu namanya baked potato a.k.a kentang bakar.
Macam previous resepi aku, it unexpectedly turned out to be disaster. Tapi disaster-disaster pon still boleh makan lagi tau. Kalau diikutkan, boleh buat kompilasi resepi disaster 2014. LOL
Hari tu aku buat makaroni bakar tapi tak jadi. Maybe aku takde bakat dalam bidang masakan kot. Eh? Barangkali ada yang slack kot. Aku google je resepi tu. Hahaha. Share gambar je la.
![]() |
| Jangan tertipu dengan rupa luaran kerna kita tatau lagi dalaman dia macam mana. |
Oleh itu, aku just nak share pasal kentang bakar hasil dari pembakaran yang aku buat ritu.
Aku dah lama plan nak buat kentang bakar tapi keadaan kentang kat rumah aku tak mengizinkan aku berbuat demikian.
![]() |
| Dah gini rupa kentangnya, bercambah dengan sihat. |
Korang tau tak, jenis kentang yang terbaik untuk buat kentang bakar ni ialah kentang russet. Kenapa jenis ni bagus untuk dibuat kentang bakar? Google la sendiri.
![]() |
| Kentang Russet |
![]() |
| Gini la rupa dia yang sepatot nye. |
Resepi kentang
bahan-bahan :
3 biji kentang russet (aku guna 3 je sebab kentang besar gedabak)
3 keping daging burger lembu
1/2 biji bawang besar
2 ulas bwg putih (boleh kurangkan in case ko vampire)
4-5 biji mushroom
1/2 cawan susu full cream (suppose kena pakai whipping cream tapi function sama je..kot)
1 sudu besar butter
parutan cheese mozarella (the more the merrier)
minyak masak utk tumis
dried flakes parsley
dried flakes oregano
lada hitam secukup rasa
garam seenak rasa
mangkuk kertas muffin(kecik)
cara-cara :
1. First, rebus dulu kentang. Rebus sampai empuk gituhhh.
2. Dah siap rebus, toskan kentang then potong dua pastu scoop isi kentang tu. Kalau kentang bakar version Gordon Ramsey, dia bakar kentang dalam oven then scoop cantik-cantik so that kulit kentang tadi boleh dijadikan mangkuk atau acuan kentang tadi.
3. Lepas scoop isi kentang, lenyek isi kentang sementara dia masih panas then masukkan satu sudu besar butter. Kasi lenyek lagi.
4. Tuangkan susu full cream tadi. Kenapa kita letak susu? Sebab nak bagi kentang tu gebu uollsss.
5. Panaskan minyak, tumis bawang-bawang sekalian dan letak oregano. Then masukkan daging burger yang dah dihancurkan. Masukkan juga mushroom. Tumis-tumis then masukkan bahan tumis tadi dalam kentang lenyek tu. Lenyek sekali lagi.
6. Perisakan dengan kentang lada hitam dan garam secukup rasa.
7. Scoop isi kentang lenyek tadi dalam mangkuk kertas muffin tadi. Aku pakai mangkuk kertas ni sebab dia bite size.
8. Taburkan cheese then taburkan sikit dried flakes parsley untuk hiasan.
9. Bakar la selama 20 minit takpon bakar ikot suka sampailah dia masak.
![]() |
| Final look! Aku tatau kenapa tak sama dengan rupa yang sepatotnya. Asal jadi sudeeeeh. |
Btw, kalau masak tu, tolonglah kurangkan kuantiti garam kerana boleh menghindari risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi malahan dapat mengurangkan risiko kena bahan dengan family ko. Aku kena bahan kat soSIAL network. Cit!.
Perbualan antara aku dengan adik bongsu kat dapur.
Aku : Sedap tak sambal kerang aku?
Adik bongsu : Hmmmm..(sambil cuba mentafsir rasa sambal tu) masin.
Aku : Yeke? Sori la lori garam tumpah dalam kuali aku.
Tak lama pastu aku bukak pesbuk. Mataku tertancap kat status adik bongsu.
"Sejak dua menjak ni akak aku masak masin aje..nak kawen da ke?hahaha"
Berbillion like adik bongsu dapat sebab status pesbuk dia. Like banyak disumbangkan daripada saudara-mara, sepupu sepapat, etc.
p/s : Kenapa aku tiba-tiba tulis entry pasal masak-masak ni?? Maigoddd, I can't brain this. Oh..sesuai la dengan tajuk blog aku. kemerepekan. lol.





No comments:
Post a Comment