Monday, 22 February 2016

Nukilan Buat Atuk.

Assalamualaikum.

Hidup dan mati adalah ketetapan Allah. Ada yang mati di usia lanjut. Ada yang mati di usia yag muda. Mati ini pasti akan datang. Apabila tamat usia kita, tak kira apa situasi kita, apabila Allah dah putuskan semua ini sejak azali, tiada apa yang dapat menghalang. Mati itu adalah sesuatu yang menamatkan ajal manusia. Bila datangnya kematian, ia tak akan terlewat walau satu saat dan tak akan terawal walau satu saat juga. Semua ini ketetapan yang Allah sudah tetapkan. 
.
.
.
.

15 Februari 2016. 6 Jamadilawal 1437H. 7.15pm.

.
Momen yang aku tak akan lupakan. atuk yang kami semua sayangi dah pergi buat selamanya menghadap Allah. Entry kali ini bukan entry untuk aku meratapi pemergian dia tapi just nak share je. 

Atuk aku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin lepas di usia 93 tahun. Sabtu sebelum itu, aku pergi tengok atuk dengan nenek. Semua saudara aku ada kat situ. Nenek makin kurus tapi aku tengok atuk steady je. Rasa macam terngiang-ngiang suara atuk panggil nama cucu-cucunya. 

Petang Isnin tu, lepas habis kerja aku terus balik rumah sewa. Dulu aku ulang-alik tapi sebab traffic jam makin teruk, aku decided nak stay rumah sewa. Saat aku tahu atuk dah takda, masa tu dah nak maghrib. Tiba-tiba adik aku called. Dia kata,"Yong, atuk dah takda". 

Aku terus rushing balik rumah. Dalam aku kalut drive, azan berkumandang. Radio pun aku biarkan tak terpasang. Sunyi. Aku terus drive sampai keluar kat Kelana Jaya. Aku target sebelum Isyak aku dah sampai rumah sebab traffic pun dah okey sikit. Sambil drive, mata je pandang ke depan tapi macam-macam benda aku dok pikir kat dalam kepala. "Betul ke atuk dah takda?". "Hari tu aku tengok atuk ok je". "Kenapa mesti atuk?". 

Lepas dah habis sesi soal jawab dengan diri sendiri, aku terus teringat kenangan aku dengan atuk. Atuk memang seorang yang sayangkan cucu-cucu dia. Aku nangis. 

Sebelum jam 8.30pm, aku dah sampai rumah. Aku pandang laman rumah, masih kosong. Malam sikit nanti, kompem ramai orang. Lepas park kereta, aku terus naik rumah atuk. 

Aku lalu depan bilik atuk, katil kosong. Aku terus gerak ke ruang utama. Saat itu, aku terpandang sekujur tubuh. Badannya diselimut dengan selimut putih. Saat itu, aku tak percaya itu atuk. Aku pandang muka atuk. Pucat. 

Malam itu, aku dengan adik lelaki aku terus gerak pergi ambil adik-adik kitorang kat tempat kerja and kat Melaka. Dekat pukul 1am jugak la baru sampai rumah. Kitorang terus naik rumah atuk, sedekah al-Fatihah dan baca Yassin. 

Pukul 3am, aku baru masuk tidur. Aku tenung siling. Aku tak percaya atuk dah takda. 

Esok paginya, kitorang bersiap-siap sebab pagi tu jugak nak kebumikan atuk. Aku dengan adik-adik perempuan, duduk kat ruang utama. Dengan mata kepala inilah aku tengok atuk aku diuruskan. Dorang uruskan atuk kat tingkat atas, kat tingkat bawah, jelas kedengaran suara orang ramai baca tahlil.

Mula-mula, diorang angkat atuk, lepas tu dorang mandikan atuk. Dorang pasang tirai dan dari jauh aku nampak atuk dimandikan. Dekat dengan tempat atuk dimandikan, kain kapan dah sedia terbentang. Bau air mawar kuat sangat di seluruh ruang utama. Aku tengok dorang letakkan atuk kat atas kain kapan. Satu demi satu lapisan kain dilitupi kat badan atuk. Tapi bila lapisan terakhir, saat itu air mata dah macam empangan pecah. Itulah kali terakhir kat dunia ini, aku tengok muka atuk. Selesai dikapankan, dorang bawa atuk turun ke bawah. Van jenazah dah ready. Pengusung jenazah pun dah ada. Sayu rasanya tengok atuk dibawa pergi. Pergi buat selamanya.

Momen yang aku akan ingat sampai bila-bila : lapisan kain kapan terakhir menutupi muka atuk, it burst me into tears.

Itu kali pertama aku tengok depan-depan dengan mata kepala aku sendiri, orang yang aku sayang pergi buat selamanya. Macam-macam bermain kat kepala aku. Selalunya pagi-pagi, atuk suka pasang tv or radio kuat-kuat. Itu sebagai penanda yang atuk dah bangun dari tidur. Dari rumah aku pun dah boleh dengar. Tapi sekarang dah takda siapa akan pasang channel ceramah agama kuat-kuat, lepas ini dah takda siapa akan tengok anak cucunya main kat lama rumah petang-petang, lepas ini dah takda siapa akan panggil nama cucunya dari tingkat atas rumahnya. Having him in my head, I feel just broken.

Aku dengan kazen-kazen, jalan kaki pergi kubur. Sampai-sampai je, talqin sedang dibacakan dengan kuat dan jelas. Sepanjang talqin dibacakan, aku paling terkesan dengan ayat; "Tinggallah kamu di sini buat selamanya sehingga hari kiamat tiba".

Masa awal-awal itu, aku memang macam tak dapat nak terima atuk dah pergi tapi lama-lama aku dah boleh terima semuanya. Aku tau, sesungguhnya pemergian atuk sememangnya urusan Allah. Aku juga tau, yang sekarang atuk ada kat tempat yang lebih baik. Jauh lebih baik daripada tempat kat dunia ini. 

Sesungguhnya, aku akan kenang semua memori aku dengan atuk. Atuk la yang ambil aku balik sekolah kalau mak abah aku pergi pekan, atuk la yang hantar aku pergi sekolah, atuk la yang bagi duit belanja lebih, atuk la akan selalu pergi pasar belikan jajan untuk cucunya, atuk la yang rajin bawa aku ikut dia pergi kelas agama, atuk la yang ajar kami empat beradik sampai pandai mengaji dan aku akan sentiasa doakan kesejahteraan atuk kat sana. Banyak jasa atuk kat kami semua dan semoga dengan segala kebaikan yang atuk lakukan, dia akan peroleh kebaikan kat sana.

Al-Fatihah.

Kenangan aku dan atuk. Korang boleh baca kat sini.

No comments: