Monday, 2 March 2015

Al-kisah Pavlova

Assalamualaikum...

What a leisure working week, people.
Bos takde wehhhhhh.
First of all, I hope it is still not too late to wish Happy Chinese New Year. May this year bring prosperity to all.

Macam biasa, cuti 4 hari lepas yakni cuti Chinese New Year hari tu, memang aku manfaatkan sepenuhnya. Hari tu, aku google resepi pavlova. Pavlova ni macam comel je. Dengan buah warna-warni, dengan rasa yang eh manis la, eh masam la..just nice gituhhh.

Pavlova. Dari negara manakah pavlova ni datang? Apa historical background pavlova ni? Siapa pencetus pavlova ni? Jawab..jawabbb!Hah jangan jadi macam aku, tau makan aje tapi tak pernah siasat asal usul susur galur pavlova ni. Wakakaka.

Setelah aku lakukan penyiasatan di google ke atas pavlova, now I want to share with all. Berdasarkan pemahaman aku, pavlova ni sejenis pencuci mulut yakni jatuh pada kategori meringue-based dessert. Ape jadah meringue ni? Hah, sila la google sebab aku pon tatau nak explain acane. Wakakaka. Pavlova ni dinamakan sempena nama seorang penari ballet dari Rusia yang namanya Anna Pavlova. Tetibe teringat Katerina Petrova. TVD sangatttt. Lol. Tekstur pavlova ni rangup di luar lembut di dalam. Tau tak best part about it, topping dia terdiri daripada puak-puak buah yang masam-masam macam stoberi, blueberry, etc. So bila makan rasa dia balance ada masam ada manis. Atas pavlova tu before letak buah, dia letak whipped cream. Isn't ohsemmmm!!

Dipercayai bahawa pencuci mulut ni telah dihasilkan untuk menghargai ballerina tu masa tour dia ke Australia & New Zealand yakni pada tahun 1920. Status kewarganegaraan kuih ni jugak telah menjadi isu perdebatan dua negara ni. So sekarang ni di alam yang penuh globalisasi ni, dua-dua negara tu still enjoying it as one of festive desserts.

Yummyyyy.
As per expected.

Meh aku share resepi dia.

Bahan-bahan:
4 biji putih telur
146g gula kastor
1 sudu teh krim tartar
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
250ml whipped cream
Buah stoberi, beri, etc. As long masam. Kedondong pon bole. Rare.

Cara-cara:
1. Pukul putih telur sampai dia jadi likat yakni bila ko terbalikkan mangkuk, the beaten white egg tu tak jatuh. Dia statik je kat situ.
2. Masukkan gula kastor sikit-sikit. Pastu diikuti dengan tepung jagung, cream tartar dan esen vanilla.
3. Pipe mixture tadi kat atas dulang pembakar yang dilapik dengan *filter paper* kertas minyak.
4. Bakar selama 40 mins pada suhu 150 degree
5. Lepas bakar, tunggu dia sejuk dulu then baru leh decorate
6. Kat bekas lain, pukul whipped cream smpai jd ringan.
7. Hias ikut suka ko.

Tip paling berguna nak buat pavlova ni, time nak pisahkan telur kuning dengan telur putih, jangan bagi sikit pon walau setitik sekecik zarah pon kuning telur tu masuk kat dalam putih telur tadi. Kalau tak, nescaya tak menjadilah pavlova enkauuuu. Been there beb. 4 bijik telur terkorban di medan perang. Kalau mak aku tau, abes beb. Kang tak pepasal aku is forbidden from entering kitchen zone.

Egg yolk separator. Google.


Eh surpriseeee...

Tadaaaaaaaaaaaa...
Jeng jeng jenggggg.

Ni la actual looks of my dearest pavlova. Don't adore the looks only, but adore how it taste. LOL. As if jemah ni cef power jeeeerk.

Anyway, those yang macam was-was nak try ikot resepi aku, do not do so. Harharharhar. Tapi tak salah nak eksperimen sikettt. Bila lagi nak jahanamkan guna dapur tu kalau korang yang tak guna. Time ni la nak test power tunjuk skills bagai. Ya Allah, please la jangan riak wal takkabur.

Caca merba by me.

Adios amigo.




No comments: