Tuesday, 18 November 2014

Sakit perut sebab lactose Intolerance?

Assalamualaikum...

Pagi yang tak seindah yang disangka. Bangun-bangun aje dah berlari pegi tandas. Wuwuwu. Aku suspek aku ni ada lactose intolerance. Memandai je diagnose diri sendiri. Tapi berdasarkan experiments yang aku da jalankan kat diri sendiri, maka tercetuslah entry ni.

Apa yang menyebabkan lactose intolerance ni? Ni da kenapa tiba-tiba nak cerita pasal intolerance bagai ni?hahahaha

Barangkali aku bukan doktor, tapi aku ada terbaca artikel pasal lactose intolerance ni. Konon-konon nak share la sebabnya, aku rasa aku ada simptom lactose intolerance.huh.

Aku ada buat kajian sikit pasal benda ni.Ada 4 keadaan yang menyebabkan lactose intolerance.

Sebelum tu, apa itu lactose intolerance?

Lactose intolerance ialah ketidakupayaan untuk menguraikan sejenis gula semulajadi yang dikenali sebagai laktosa atau dalam bahasa omputeh nye lactose. Selalunya, laktosa boleh ditemui di mana-mana pasaraya yang berdekatan. Hahahah. Ok, serius. Laktosa boleh ditemui dalam produk tenusu; susu dan yogurt. 

Produk tenusu yang bersepah kat supermarket, hpermarket, runcit etc.

Seseorang manusia itu boleh mengalami lactose intolerance pabila usus kecil beliau berhenti menghasilkan enzim lactase yang cukup untuk menghadamkan dan menghuraikan lactose. Pabila ini terjadi, maka lactose yang tak terhadam tu berpindah randah secara nomad ke usus besar. Bakteria yang biasanya ada dalam usus besar akan berinteraksi (aku tatau camne dorg interaksi,maybe pakai bahasa dorg..kot.hahaha) dengan lactose yang tak terhadam tu. Maka yang demikian, hasil daripada interaksi dua hala ni, terbentuk la simptom seperti rasa kembung aje, rasa nak kentot aje, cirit-birit, rasa loya tapi bukan sebab pregnant la dan bole cramp kt abdomen. Keparahan simptom ni pon bergantung pada individu. 

Orang dewasa terutamanya mereka yang dari Asia, Afrika, Native American atau orang berketurunan Mediteranean cenderung untuk menghadapi lactose intolerance. Walaupon keadaan ni tak serius tapi boleh menyebabkan penghidap tu rasa tak selesa. Ye, itu aku akui.

Pabila manusia-manusia yang lactose intolerance macam aku ni consume produk tenusu, contohnya susu la. Simptom akan terjadi antara 30 minit sehingga 2 jam lepas aku atau sesape la yang lactose intolerance consume susu. Dalam susu ada lactose, so orang-orang yg spastik ususnya untuk menghasilkan lactase enzyme tak digalakkan makan produk tenusu tapi kalau nak makan jugak, golongan sebegini digalakkan amek ubat yg ada lactase enzyme before consume produk tenusu. Hamboiiii..panjang aku bebel.
Ilustrasi jehhh..sumber dari Google

Ekceli ada je jenis-jenis lactose intolerance. Tapi aku bagitau secara general je la. 
Primary Lactose Intolerance (faktor penuaan)
Secondary Lactose Intolerance (terjadi kerna penyakit atau kecederaan)
Congenital or Developmental Lactose Intolerance (sejak lahir)

Kalu nak tau lagi detail pasal jenis-jenis lactose intolerance ni, sila google la ye.

Orang yang ada lactose intolerance dan tak consume susu atau produk tenusu cenderung untuk mengalami kekurangan kalsium, vitamin D, riboflavin dan protein. Patot la aku tak cukup tinggi. Bantut je rase..huhu. Maka, sebagai alternatif, golongan ini boleh la amek supplemen yang kaya dengan kalsium. Tak pon boleh minum susu HL sebab susu tu kurang lactose dan jugak selain tu kita boleh minum susu rendah lemak. Kandungan lactose dalam susu full cream lagi tinggi berbanding dengan susu rendah lemak. 

Lactose tolerance boleh dielakkan atau dikurangkan risiko simptom dengan mengurangkan pengambilan produk tenusu. Sekali sekala cubalah alternatif lain untuk consume kalsium. Contohnya, makan la almond, soya atau susu beras(susu beras ni aku tatau mana datang entah..hahaha) maybe susu beras tu macam cereal la kot.kot. hahaha. 

Itu je la perkongsian ilmu dari aku. Ekceli aku ada terbaca satu artikel pasal lactose intolerance ni. So, jemah pon share2 la dengan uolls. Hihihi.

p/s:jemah really sori kalu ada silap pasal info2 yg jemah tulis ni. Ihik :)

LOL

No comments: